Sangat risau D';


Saya tekan butang kiri kat handphone saya, dia terus pergi straight kat Calender. Hari ini, 8hb Jun 2010, dia tulis kat situ. Dekat notes ; kosong. Saya tekan ke kiri dua kali, tick tick, 10hb Jun 2010, dia tulis kat situ. Dekat notes ; Result keluar hari ini D';

tick tick tick
Saya dah start panik. Saya tekan tekan butang, atas, bawah, kiri, kanan, dah lama lepas tu, baru saya perasan ; Apa aku buat ni?

Saya, sangat risau bila bab-bab result nak keluar ni. Dulu time sekolah tak pernah pulak saya risau macam ni. Dulu time sekolah, bila cikgu masuk kelas "Baik pelajar, hari ini, saya akan pulangkan balik kertas soalan Mathematics kamu." ooo,, semua satu kelas mula start panik macam gila. Muka masing-masing kalau ada lah darah campuran orang putih sikit, memang pucat habis dah. Nasibbaik anak melayu, paling-paling pun kuning aja lahh~ heee.. Tapi, di situ saya, duduk di kerusi sambil kusyuk gila melukis-lukis kat meja (alamak, disini saya kantoi vandalisme. takpe, moving on). Jadi disitu saya. Sama ada beberk, atau pun pending, atau pun download. Atau pun ketiga-tiganya sekali. Sangat chill.

Tapi sekarang situasi nya begitu lain. Begitu lain. (tarik nafas, ku hembus kuat.) Mampukah aku mendapat result seperti sem lepas? itu soalan yang berputar sekarang. Selain dari pada lagu 'Take it off' dari Kesha. Ciss, lagu tu sumpah awesome! ok, padam padam. Kita fokus tentang result sekarang,, ,, there's a place downtown, lalalalala, hole in the wall, its nanana for all,, take it off, take it off.. Ok, tak boleh. Takpa,, teruskan.

Saya risau, hampir setiap hari saya cakap benda ni kat diri saya "Ika, awak budak fine art, tapi awak tak reti lukis. Macam mana sekarang? macam mana sekarang.."

Yes, Ayat itu juga berputar di kepala ini, selain daripada 'Mampukah aku mendapat result seperti sem lepas?' dan lagu Take it off oleh Kesha. Ok, ini kali kedua aku sebot pasal lagu ni, memang gemar benar nama nya ye. Kejap lagi saya sumbat lagu tu kat dalam belog ni. sabar.


Risau. Risau. Doa. Doa. Senyap.


ika = meatbeg

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)