Wedding. Hebat. Tak hebat.
My mom, selaaaaaalu bawa Ika pegi wedding(kan qibee?). Tak kesah lah family ke, kawan ke, atau sesiapa sahaja. Tambahan pula, mama ni kalau pasal wedding, dia memang pandai sanggat. Dari gubahan hantaran, bunga telur, susunan tepak sirih, susunan turutan dulang hantaran, sampai lah posisi dan jarak sesuai antara pengantin dan pengapit,, semua dia tau! Kadang-kadang Ika pernah fikir yang mama ni, lebih kurang samaa saja dengan perempuan yang kat dalam cerita '27 dresses' tu. Ika ni pula jenis tak kesah, jadi setiap kali mama ajak Ika teman dia pegi wedding, Ika ikut je lah. Lagi pun, Ika memang suka pegi wedding, dapat lah menimba beberapa ilmu pasal perkahwinan ni(ye la,kot-kot nanti dapat buka butik yang siap dengan pakel perkahwinan ke?~) and dapat la juga usha-usha idea untuk buat baju by looking at design and material yang digunakan untuk baju pengantin tu and dapat goodies~~ hehe.. oh yea, and free food..
Hampir semua wedding yang Ika pergi, semuanya ada keistimewaannya tersendiri.. Contohnya, dari segi slide show, gubahan hantaran, persekitaran dan sebagainya.. Tapi, ada juga kekurangannya. seperti, slideshow tersekat-sekat, makanan tak berapa sedap, lantai kotor, persekitaran tak elok, tempat tak sesuai dan sebagainya. Tapi, bagi Ika, itu normal lah. Ika masih boleh lagi 'mengaharungi' segala yang kurang tu. Cuma, ada satu benda saja yang bagi Ika, dalam setiap majlis perkahwinan memang tak patut terjadi. Iaitu,,
MAK PENGANTIN TR'OVER-DRESS' DARI PENGANTIN~
ishk . ishk . ishk .
Apa yang terjadi ialah bila 'si emakk' ni pakai terlebih labuci sampai habeh pedih-pedih mata orang sekeliling dibuatnya~ dalam dewan pun terpakse pakai sunglasses yang bajet besar macam Nicole Richie slalu pakai tu semata-mata nak bersalam dengan mak pengantin.(haha).Tambahan pula yang kalau 'si emak' ni memang agak ternama orang nya,maka,habis tenggelam lah pengantin perempuan tu.
Normal lah kalau 'si emak' nak bergaya bersempena anak nak berkahwin, tapi, biar lah cukup sekadar kemas, cantik dipandang dan bergaya tidak lebih dari pengantin perempuan, ini,, yang tak tahan nya, bila 'si ibu' tu pakai baju,, mak aiii~,,'liplap liplap~', sikit lagi dah nampak macam Christmas Tree. Abeh kalau boleh setiap sudut kat tudung dan baju tu diletaknye labuci. Dah ada labuci, di letak pulak dengan keronsang yang,mak~besar penumbuk ha~,ok lagi tu, yang ye ye no nye, makcik tu siap makai make-up,TEBAL pulak tu~ siap pakai 'fake-eyelashes' panjang 1inci tu~ di hiasi pula dengan beg tangan kecik(pun berlabuci juga~) dan cincin-cincin yang menghiasi jari jemari~~ fooh-la-mak! 'CHANGGEH' SUNGGUH IBUNDA MU~
Kenapa lah wahai ibu? mengapa anda berpakai begitu~.. Lagi-lagi kalau yang bergaya tu emak kepada pengantin lelaki, mau nya tergugat habis si pengantin perempuan tu nanti. "Pergh! Canggih mak mertua ku!". . kesian pengantin perempuan tu, tersipu-sipu lah dia. Nak dijadikan cerita, kot-kot yang si anak lelaki ni ialah anak tunggal dalam family, umm! yang 'si ibu' ni dok lah berkepit dengan si anak nya,, hadui~ tenggelam pengantin perempuan. bila sesi photography pula, disusunnya supaya pengantin lelaki tu berdiri disamping ibunya(yang berpakaian 'liplap') kat sebelah kanan dan disebelah kiri nya pula pengantin perempuan. Memang segan nak cakap, tapi memang kenyataan,, habis hilang seri pengantin perempuan. Dah nampak janggal dah gambar tu. Sampai pernah la sekali benda ni terjadi, Ika dah macam , "oih,, siape yang kahwin sebenar nye ni?".. haha..
ishk . ishk . ishk .
Jadi,dengan ini, Ika nasihatkan kepada sesiapa yang bakal menyambut menantu taklama lagi, cuba-cuba lah lihat balik, baju apa yang hendak dipakai nanti. Biar lah ianya kemas, cantik dipandang, dan selesa(yelah, kan nanti nak menyambut tetamu semua). Dan yang paling penting, make-up, masyaallah, jangan over ye makcik. mintak ampun lah sangat tapi yang ni memang Ika terpaksa tekan kan,make-up,tolong lah jangan over dari pengantin. Bagilah pengantin tu peluang, lagi pun, itu kan memang hari mereka~ kan kan? :)
*kalau-kalau ada yang tersalah cakap, ampun dulu yek.. Kang tak pasal-pasal pula tiba-tiba ada 'tarian naga' kat depan rumah Ika, habehh~~
No comments:
Post a Comment