Biarkan hati ini berbicara dalam sepi.
Kembang terbuka luas hati ini menyimpan kata-kata.
Satu per satu abjad ibarat garfu ditusuk keatas hati yang mentah. Liat.
Kata mu itu aku dengar dan amati, tapi hati ini yang memberi keputusan.
Biar aku senyap dari soalan itu.
Biar semua orang tertunggu-tunggu.
Jangan perkatakan lagi persoalan hari itu.
Biar dia menjadi cendawan didalam hati ku.
Sungguh pun ianya busuk bagi kamu, tetapi ianya cantik bagi diriku.
Duduk diam tidak berkata-kata cuma bertahan untuk satu malam.
Hari-hari lain aku jalankan hati ini dalam luka.
Pemusnah hati itu gelaran diriku.
Ku tempelkan gelaran itu dimuka kamu.
Biar sesetangah panggil gelaran itu sebagai pelacur,
niat sebenar, tiada seorang insan pun yang tahu.
Aku bukan robot.
Berkulit keras, berurat wayar.
Aku manusia berdarah muda.
Bagi aku masa untuk bertenang, bagi aku masa untuk sempurna.
Sempurna diri ku, itu idaman mu.
Sempurna persekitaran ku, yang kau mahu.
Kesempurnaan itu merimaskan aku.
Kesempurnaan itu menyekat pernafasan ku.
Emas di dalam rumah dijaga rapi.
tidak diberi sentuh dan di hebahkan.
Persoalan bagi kata-kata ini jangan dibiar beransuran.
Biar kan sahaja ia menjadi tanda nokhtah.
Senyapkan sahaja kata-kata mu tentang nya.
Biarkan sahaja aku berlari.
Berlari aku tak tinggal kan kamu.
Berlari aku tak lupa kan kamu.
Malah sampai destinasi nanti aku pulang semula kepada mu, membawa kau sama ke taman ciptaan ku.
Aku menaip dengan hati mengalir.
Aku menaip dengan mata kuyu.
Aku menaip dengan mulut yang sepi.
Aku menaip dengan telinga terbuka.
Aku menaip dengan jantung yang layu.
Jangan dipersoalankan lagi tentang dirinya.
No comments:
Post a Comment