Nasi Kandar dekar PP

the most disgusting yet very very very delicious food,,



Nasi Kandar..

saya, lapar, -...-

Debate. cissssss video

Ye saya perasan yang ini video untuk Debate March, but still! saya sedang menggigil sekarang. tolong lah bersimpati dengan saya yang sedang bersedih ini.

Kepada rakan saya yang dekat KL tu, sila-sila lah datang melaka bagi meredakan hati saya yang agak gundah gulana ini. Serious..

p.s : sila bawa sekali Subway Turkey hank you ;)

Debate. cissssss 2

Saya, tidak suka pergaduhan.

Suasana yang penuh keperitan.
Suasana yang penuh warna merah.
Manusia membina rasa sakit keatas tubuh masing-masing.
Merayapkan air merah dari saluran badan keluar dari sistem badan.

Saya, tidak suka perdebatan.

Suasana yang terlampau bising.
Suasana yang regang.
Penuh dengan manusia yang membicarakan hati dengan mulut dan air tidak bersudah.
Memerit tekak bagi meluahkan otak.

Saya tidak suka.


Perdebatan itu suatu kerja yang bersih, sangat bersimpang dari pergaduhan. Itu realiti perdebatan.
Sesungguhnya, kerja bersih itu digeruni oleh saya kerana,, ,,
SAYA TAK RETI LAH NAK BERDEBAT-DEBAT NI!!!!!!


lagi-lagi in english.. memang lah kukuh sebabnya untuk saya menggigilllll!!!!!

Debate. cissssss

Ok, here we go.

Last Friday, pagi, I went out shopping with my friend Fya. (shopping barang untuk kelas ok..) And well,, lepas je dari shopping tu, tengah on the way balik, I dapat lah call ni,, from my coordinator.. Dan panggilan itu seperti ini,,

Ika : Hello.
En.Amir : Ye, ini Wan Nur Shafiqah ye?
Ika : Aa, ye saya...
En.Amir : Macam ni lah ye Wan, awak dan rakan-rakan awak telah dipilih ye untuk mewakili fakulti untuk debate yang akan berlangsung nanti ye..
Ika : Aaa, debate?? (losing control, tekanan suara bergetar, try control. humm!) ,, Debate?
En.Amir : Ye, awak dan rakan-rakan awak ghgsavfisavf fsaugdfsadh hdasufbcueuieucvsa

(waktu En.Amir tu cakap, otak saya kosong kejap. pandangan saya kabur,, oooo shissshh! sedar kepada realiti ika, kembali lah awak kepada realiti!)

En.Amir : ,,, .... .... jadi pada petang ni pukul 5.30 lepas awak habis kelas, akan diaadakan meeting lah dengan beberapa lagi kawan awak yang terpilih juga untuk debate ni,, awak tolong inform kan dekat mereka yang terpilih ni ye,,
Ika : ... .. .. (mulut terlopong,, ) ... ... ... ...
En.Amir : Wan?
Ika : Aaa, ye saya. Nanti saya inform dekat mereka.. Siapa ya kawan-kawan saya yang terpilih tu Encik?
En.Amir : Ye,, Wan Nur Shafiqah, Adli Nazrin,, Farah Liyana, Megat,, ,, kbfebfyusb ,, uberwfvcyvs,, bygebyged

then, tau-tau je, conversation end..

serious..

the question is,,
WHY ME? WHYYYYYYYYYYYYYYY????????
MY FIRST LANGUAGE IS BAHASA MELAYU, WHYYYYYYYY??????????

Love 'Em

I'm sorry boyfriend, I love them better.





current fav ; House Party
lagu tu rated R
(tsk.)

tidak kah mereka ini cute dan sexy?

Sumpah Lawak 4 (parody the way you lie)

Eminem dia poyo gilaaa ahahahahaha ;D

tp Megan Fox dia comel ok! :)

NAK TENGOK!!

Bagus untuk saya, BAGUS UNTUK ANDA! (apahal? :D)

bagus untuk sistem pembuangan yang tersekat sempena banyak makan di hari raya. betul!

bagus untuk tangan yang lebih lawa untuk menyambut duit raya yang dihulur. betul!

bagus untuk kulit kepala yang akan gerenti masam jika seharian berjalan dipanas terik malaysia. betul!

bagus untuk menghilangkan parut-parut main mercun pada malam raya. betul!


bagus untuk dipakai sebagai mask pada waktu malam setelah seharian penat beraya. betul!

bagus untuk menutup segala cacat cela terkena minyak panas waktu masak rendang. betul!

bagus untuk rambut yang panjang, hitam, dan sihat setelah keguguran rambut akibat terlebih banyak makan garam dekat dalam masakan raya.. .. .. cisss.. ..

pantun assgmnt tidak siap . ciss..

termenung saya kat dalam bilik, menghidu angin Ganu ni, puhh,, esok balik gamak nye, tapi hati punya lah gundah gulana weiiiihh,,,!
nak tahu kenapa?
kerana,,
Hari ini hari Jumaat,
Esok pula hari Sabtu,
Assgmnt kita banyak sangat,
AKU BARU JE SIAP SATU!!
waaaaa!!!!~~~
serious lah koranggg,, aku baru siap satu,, itu pun seciput je kawan ku sayanggg,,
alahaaaaaaaaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!!
geram geram gerammmm~~
(ika bengang sementara. rancangan seterusnya bakal disambung tidak lama lagi. kesabaran amat diperlukan. kini.)

pandai tapi Bodoh. peringatan buat diri

Awak ni pandai, tapi BODOH.

,, bila awak belajar, tapi tak semayang. <- ni mama saya kata.
,, bila awak belajar, tapi tak salam pon makcik ngan pakcik / tetamu yang datang rumah awak.
,, bila awak ada PHD, tapi balik rumah, tengking-tengking mak ayah.
,, bila awak belajar jugak, tapi tak puasa. <- siaaape niii~~
,, bila awak belajar tinggi, tapi biadab . (sama lah macam kat atas tu ikaaaa -____-' ape niiii)
,, bila awak pilih boyfriend/girlfriend daripada awak pilih kawan awak.
,, bila awak pakai tudung, tapi pakai seluar 3quater. <- ini apahall dooee??
,, bila awak hafal lagu Lady Gaga yang baru je jadi penyanyi tak sampai 4tahun tu, sekali dengan maksud, tapi, bacaan solat yang awak dah baca dari kecik tu, awak tak tahu-tahu lagi maksud dia.
(alaaahai, termakan dek kata-kata sendiri. takpa, terus kan..)
,, bila awak rela berbelog, daripada buat print making.

IKAAAA buat printmaking!!!!!!!!
tengok, saya sudah kena marah dengan diri saya sendiri. pelik, tapi benar. cisss -___-'

Padah si Pelupa

hari ini, saya terlupa password email saya. lagi.
ciss!
Ini padah menjadi pelupa.
Serious sangat merimaskan. cis lagi sekali lagi.
Benci bila benda ni jadi.
Baru ingat nak check-check email.
Niat saya tu terbantut dah.
-____-'
sedih.

ikaaaaa chaann XD ini RAAAII!!! >w<

rai-channnn~~ <3

Ask me (almost) anything

ika,i tgk clssmate u bnyak yg hensem2,smua single lgi ke? aha :)

uihhhh! memang tidak dinafikan mereka hensem-hensem belakaa,,, peluang anda 50 50.
CEPAT-CEPAT SEBELUM TERLAMBAT! aha

Ask me (almost) anything

Virus INK

Jadi ye, ingin saya bercerita disini ye, tentang virus yang melanda UiTM Melaka.
Kepada sesiapa yang dah belajar lama dekat London, of course tahu, tapi kepada yang tak tahu, inilah dia, saya nak buka cerita. (cakap macam nak bukak silat. :D)

anyway,,
Dekap UiTM london tu, adalah satu virus ni, kat library lah kan, of course, dy virus kat PC. Ok, virus tu, once awak cucuk pendrive awak kat PC library tu, nanti, bila awak balik, cucuk pendrvie kat laptop, nanti folder kat dalam pendrive tu, seeemmmmmua jadi shortcut. hebat tak hebat?! hebat ann! Kalau tak jadi shortcut,, dy jadi,, ,, hilang. Serious,, hilang.

Jadi buntu lah kepala satu-satu pelajar UiTM london ni bila pendrive diyorang kena virus ni,, termasuk lah yang tengah menaip ni jugak. Jadi ia nya, saya dok lah terkebil-kebil tak tau nak buat apa dah bila pendrive saya yang hebat ni,, yang penuh dengan kerja ni,, masuk virus.. Apa lagi an,, lumrah kaum hawa lah kan,, NANGIS aaa,, ape lagi ann.. Itu lah dia..

JAdi puas-puas nangis semua, call lah mak ayah, suruh beli pendrive baru. Jadi beli lah,, siap 8gig lagi. AMEK KAU!. itu lah, jadi, buat lah kerja macam biasa.. Buat-buat semua, masa untuk print kerja. Pergi lah ke CC, nak print an,, jadi, cucuk lah kat PC kat CC tu,, pap! kene lagi virus sama~~ rupa-rupanya, virus tu dah bapak tersebar habis sampai ke CC luar melalui pendrive-pendrive pelajar UiTM london.. Pergh! sikit je lagi air mata nak jatuh,, abang CC tu selamat kan,, dia kata,,
"virus ni, dia bukan hilang kan folder,, folder adik still ada kat dalam pendrive ni lagi.. Jangan risau,, virus ni hidden kan aja folder tu..''
Rasa nya Abang tu dah terperasan dah muka ku nak nangis. alamak, kantoi,, takpe,, sambung,, Abang tu sambung cakap lagi,,
"Ok contohnye kan adik, kat sini, adik tak ada folder tu kan, ok, adik bagi nama folder tu, abang taip kan,,"
Saya pun cakap lah nama folder tu, pastu abang tu tekan nama folder tu, baru lah keluar,,,
PERGHHH!!! cis! rugi je buang pendrive lagi satu. Dah lah pendrive tu penuh gambar Lady Gaga.

Anyway, jadi nye, cerita nya lah, virus tu hidden kan folder,, tapi,, saya nak bagitau ni,, kalau kat laptop or PC, boleh lah kita taip balik nama folder tu,, tapi cuba kalau kat phone.. hahaaaaaaa~ ye rakan se UiTM london ku, dengan ini secara sah nya saya bagitahu ye, handphone saya yang mantap ni, dah kena virus hebat tuu~ habis semua folder kat dalam memory card hilang.. TERBAIK DOE!

itu je lah kesah nya..
ika nak sambung nangis ;'(

Alhamdulillah,,

heylo rakan,
saya selamat pulang dari London semalam :) seronok gila ok, tak sabar nak ber'raya'. Tapi serious sikit, sudah enam bulan ini badan sudah tidak itu landing dekat itu katil dirumah. Sekali landing, amek kau! tidur terus. Basuh muka pon tak sempat. isk isk iskkk, anak dara siapa lah ni ye.. En. Zkflee :D

Jadi, pagi tadi baru bershopping bersama Mayah, iaitu kekasih saya *kening-kening* Tapi serious, saya bershopping bersama Mayah. Ya Allah, punya lah ramai manusia dekat KL tadi,, macam banjir manusia. silap. . LAUTAN MANUSIA.. haa, correct correct. Tapi tadi, dalam banjir-banjir manusia pun, semuanya telah berjalan dengan lancar sekali. Segala datuk shopping semua dah. Dan disini juga saya nak buat special kata-kata,,

TERIMA KASIH SANGAT BUAT MAYAH DIATAS SEGALA YANG DIBERI <3>
semoga Allah swt memurahkan lagi rezeki Mayah, insyaallah..


Kasut awesome dan Audrey Kitching

hello rakan, korang ingat lagi pasal belog lepas saya tentang laman web yang jual kasut (dan barang-barang lain) yang awesome tu?
tak ingat?? nvm.. ..

leclothespo.blogspot.com
so, salah satu dari pada kasut tu ialah,, yang ini...



Its pink. Not gorgeous. Langsung. Untuk saya lah kan. Pink is not my colour, so,, .. yea. But then, tadi sedang saya berseronok membaca belog AUDREY KITCHING,
tiba-tiba saya ternampak ini,, ,,


Nampak? tak? sila lihat kasut beliau, sila sila..
Jadi , waktu tu saya dah macam,, 'what?? macam kenal.. ..' Ok, jadi secara sah nya, AUDREY yang hebat ini telah membeli kasut yang awesome itu. Ika, ini secara sah nya yang awak boleh beli apa yang 'orang awesome' pakai. serious sikit.


Wonder lah kalau ternampak Lady Gaga pakai kasut yang sama design macam mine. . I'll scream and post about it 10 times. serious sikit.

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)