KUEY TEOW, KUEY TEOW

Ok, korang duduk area mana? KL? Subang? Petaling??
Korang oernah pergi Shah Alam?
Tak? ,, serious? ,, ,, well,, sorry to say,, ,,
anda loser..

Takde lah, gurau je. Jadi, disini, saya menaip (pandang ke kiri) jam menunjukkan tepat jam 3.51 pagi. Syabas! Satu malam lagi tidur lewat. Alhamdulillah mata ku tidak ada beg hitam ketara. Tahniah kepada 'gene' ibu saya(begitukah eja nya?).

Jadi, pagi-pagi buta ni. Nak buat assgmnt pun macam mata kuyu sayu. Jadi, moh lah kita berbelog. Ni pagi-pagi layan cerita makanan pun enak jugak ni kan?

Ok, jadi moh lah kita berbincang tentang makanan.

Saya, Ika Zkflee, suka makan. Sumbat je apa pun, asal bukan durian dan kacang, dan halal bendanya, insyaallah saya kunyah dan telan. serious. Tidak, saya tiada makanan kegemaran. Specifik satu persatu, memang tak ada, tapi saya,, suka makan,, KUEY TEOW~

Diantara mee kuning dengan mee hun,, Kuey Teow itu hebat tho. Texture dia yang lembut and licin tu, kot-kot dah lapar bena boleh main telan,, tak macam mee hun,, itu kalau telan terus, silap haribulan, boleh tercekik anak tekak, buat nye jadi trauma macam kisah saya dengan ikan,,


moving on,
(ayat kegemaran kai, semenjak dua ini, ntah kenapa)


moving on lagi sekali,

Saya suka makan Kuey Teow. And,, jenis masakan yang gunakan Kuey Teow yang sedap ialah,, Kuey Teow KANTONIS~~ sumpah best. (terliur jap,, sedut balik - sedut balik).. Tapi kadang kala, kena pilih tempat juga kalau nak makan kuey teow kantonis ni, kerana, tak semua tempat kuey teow kantonis nya sedap. TAPI! yes,, ada tapi kat sini,, KUEY TEOW KANTONIS KAT BOWLING SUNWAY SEDAP fullstop. Macam mana saya tahu? Al-kisah nya dulu ibu bapa saya suka main bowling. Tiap minggu main. Jadi saya yang dah terer (lah sangat) ni, pemalas sebenarnya,, saya duduk la 'chillin' bak kata orang putih, kat cafe yang kat bowling sunway tu. Awesome gak macam tu ann..

AND! yess,, ada and kat sini.. Korang tahu Shah Alam an? Dia ada seksyen 6 tau. (bengong,, don't answer, I tengah layu). So secara umum nya lah, ada pasar tiap,, selasa kalau tak salah. Selasa dengan khamis. Jadi memang nikmat habis lah kalau ada pasar. KERANA! yes,, kerana pulok! Kerana, dekat situ ada jual itu Kuey Teow Sup yang teramatlah sedap! SERIOUS! kuah dia best gila. Daging dia lembut dan sedap rempah nya. Sambal dia pun memang enak habis! Serius.

Jadi Kuey Teow tu memang famous gila ah. Lagi-lagi bulan puasa,, memang famous habis lah! Tahniah buat pakcik yang jual tu. Anda berjaya disini.

Jadi,, Kepada sesiapa yang belum pernah try lagi Kuey Teow yang saya cakap ni, sila lah try. Anda tidak akan menyesal. Serious. I siap hafal lagi tempat pak cik tu meniaga kat mana. Dia meniaga kat bahagian belakang pasar tu. An dia memang cuma jual mee sup je. And ada lah mee kuning, kuey teow dan mee hun sebagai pilihan. Tapi yang awesome,, ,, KUEY TEOW!!!

(tidur sekarang Ika,, mimpi kuey teow itu. Esok bangun pagi pastikan bantal tidak hilang dikunyah ok.)

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)