KAI DAN XPERIA NYA


Mamat ini,

Dia sem ini merupakan, Class Rep bagi kelas DADF3B.
Nama nya Khairani Zaquan, dipanggil Kai, dipanggil oleh saya Rani.
Beliau merupakan bakalan pelukis handalan Malaysia tahun 2010++.
(ayat diatas khusus kepada mereka yang ingin berkenalan)

Tujuan saya menulis tentang beliau di belog saya kerana beliau begitu suka memerli saya dengan ayat-ayat dari belog saya.

Tahniah, ini menunjukkan yang anda begitu caring untuk membaca belog saya.

Antara sebab lain ialah kerana,,
BELIAU MEMILIKI XPERIA DIATAS!!!!!!!!
SUMPAHH!!!
Disini, saya begitu jelous.

Anda tahu Xperia? anda tahu?
Kalau anda tak tahu, ini bermakna anda anda dan anda adalah sebahagian daripada katak yang tidur di bawah tempurung. Jadi kedatangan saya ini adalah untuk anda keluar dari tempurung tersebut dan bernafas lah dengan udara yang segar bugar. terima kasih.

MOVING ON,,

Rani memiliki Xperia.
Dan beliau juga memiliki hobi yang sama dengan saya iaitu menyimpan gambar makanan.
Jadi dengan melihat gambar melalui Xperia yang ntah berapa megapixel ntah itu, dengan ini konklusi nya,,
saya lapar.

Serious.

Kepada mereka yang berpuasa, anda di 'banned' daripada mengusha handphone Rani.
Kemungkinan untuk terdetik niat berbuka itu tinggi.

Xperia ni sebenarnya awesome,, serious,,
tapi pemilik nya tu kadang-kadang terlebih gedik pulak..
"Opps,, terlajak pulak,, ", kata Rani sambil tersengeh poyo apabila Xperia beliau scroll kat bahagian list nama.. Ciss.. -___-'

Tapi serious, Experia ni awesome gila. Saya, walaupun tidak memiliki nya, tapi serba sedikit aura Xperia tu saya dah rasa dah,,
Kira sempat sentuh, main-main, tangkap gambar, gedik tekan-tekan semua..
So, try lah, merasa kehebatan Xperia tersebut dengan mengusha nya dari kawan-kawan anda yang agak loaded orang nya mahupun mak abah nya.

SEKIAN :D

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)