Dear Hatta Dolmat,

saya, Ika Zkflee, begitu excited gila bila dapat tahu Hatta buka kedai kat seksyen 7 Shah Alam pasal rumah saya tersangatlah dekat dengan seksyen tersebut. Jadi minggu lepas, saya pulang ke Shah Alam akan tetapi tidak kesampaian bagi saya untuk mengusha kedai anda disebabkan schedule saya yang begitu padat.
akan tetapi, cuti sem yang akan datang, saya akan membersihkan sedikit schedule saya untuk saya menyinggah ke kedai anda. Seperti yang saya pernah kata, mungkin saya tidak akan beli (pasal tak cukup wang) tapi saya akan juga jenguk2 bagi memberi semangat kepada diri saya sendiri dengan melihat hasil karya tangan Hatta yang sudah semua orang dalam family saya tahu yang Hatta sudah menjadi idola saya.
(ya Allah apesal saya sekema? takpe, layan..)
Jadi, kepada kawan-kawan saya yang turut membaca blog saya ini, anda semua disarankan untuk menjengguk kedai Hatta Dolmat (pereka fesyen yang sangat lah hebat bagi saya) di seksyen 7, Shah Alam.

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)