belog saya suka?


(gambar ini di ambil pada hari perkahwinan
Kak Ain & Kak Eja , kat kiri kanan saya tu
hulubalang saya:D)
Yeah, hari ini saya dengan penuh rasa taksub nya mengupdate belog yang tidak seberapa ini(opocot, alamak, kejap pending, dompet saya terjatuh, habis satu library pandang. takpe takpe, ika, muka tebal ika, muka tebal.-.-') Ok, berbalik kepada cerita kita, yea, hari ini, saya update belog saya, yea, bukan bende ni aku da cakap tadi ka? yea, saya cakap lagi, yea, saya update belog saya. yea~




(10 minit kemudian)




Ok (pending) , jadi di dalam library ini saya bukak tiga tab, yea, tiga tab. Tab pertama ialah untuk facebook saya, tab ke dua ialah belog saya, dan tab ketiga ialah google image bagi meng'google' gambar A.Samad Said bagi diletakkan di dalam folio drama saya yang perlu dihantarkan pada hari rabu petang nanti. wah gitu!




Yea, jadi kepada sesiapa yang tertoleh nampak saya tengah penuh kusyuk tengok gambar A.Samad Said, ingin saya memperkatakan sesungguhnya, saya tidak sekodeng gambar beliau. tolong jangan menyebarkan fitnah yang tidak sudah-sudah. yeah! (saya cakap macam ni pasal abang yang bertugas kat sini tadi gelak guling-guling bila nampak gambar A.Samad Said di computer saya. yea, abang gelak ye bang~ print nanti free ye bang, free~!)




Disini, eh, pehal pulak senget.. jap.. .. yeah, Jadi,, Disini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda anda semua yang telah memberikan respon yang begitu baik terhadap belog yang tidak seberapa saya ini. jap, ayat macam salah.. .. 'memberikan-respon,, yang begitu baik terhadap,, belog saya yang tak seberapa ini..' ha itu dia, ayat betul. :D




Jadi kepada anda anda yang suka membaca bebelan saya yang tidak sudah-sudah ini, dipersilakan untuk membacanya berulang-ulang kali pun takpe pun. kerana saya sentiasa update belog ini setiap masa saya berada di dalam library ini. jadi kepada semua, selamat membaca, dan selamat beramal?

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)