PUASA

Online senyap-senyap kat meja Lala.
Kerja woodcarving aku tertangguh jap.
Lenguh tangan pegang carving tool tu, Meja bersepah macam sarang burung.
Dengan iyanya saya menyatakan, ni untuk buat pertama kali bersahur, berbuka untuk ramadhan pertama tanpa keluarga.
boleh lah, belajar berdikari jap kan.
Ni firsttime jugak ramadhan pertama sahur meggi. haha. Marah mama saya kalau dia dapat tahu.
Tadi kami berdua bantai tidur lama gila, nasib sampai tak terbuka puasa. fooh. Dah bangun tu, beredek-kedek lah kami berdua ke bazaar ramadhan. Tetiba terasa macam UpinIpin pulak. Tambah pulak dapat kawan macam Lala. Boleh tengah jalan tu dia cakap,"fokuss ika fokuss, kita pergi ni, beli nasi tomato, ayam percik, egg tart."
Lahh sangat~ sampai sana rambang mata. Nasib sempat tahan sabar. Beli lah Nasi ayam madu(yang manis tapi takberapa laku tu) dengan air laici. Esok, kita spend sikit ok. Datang awal sikit kat bazaar, boleh beli nasi goreng ayam rempah yang sedap gila tu. kan kan kan
teheee,, selamat berpuasa untuk hari esok-esok :D
*nanti-nanti Ika berbelog pasal nasi goreng ayam berempah tu, kuih batik, egg tart, cendol seringgit. Saja nak tunjuk kat korang makanan pasar Uitm yang tidak boleh dilepaskan oleh saya. :DD

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)