Buat Canvas Part 1 ; KAYU

Baik ye anak-anak, hari ni, moh lah kita ramai-ramai belajar macammana nak buat canvas ye.
Tujuan utama saya menulis belog tentang buat canvas ni kerana nak kongsi pengalaman saya sebagai seorang wanita (apahal/) membuat canvas yang kerja nya agak keras jugak lahh kan.. Tapi sserious, buat canvas ni letih, tapi agak fun lah. Dengan bimbingan En.Rashfan selaku lecturer painting saya, memang buat canvas ini, agak awesome sebenarnya.
Jadi ye, dah bersedia untuk belajar, sila scroll ke bawah.
Mula-mula, kita kena pilih kayu ye. Jadi kayu yang ni sebenarnya panjang gila, tapi telah dipotongkan kecik dalam size,, 1kaki setengah macam tu guna mesin gerun. You know mesin gerun/ mesin tu amat menggerunkan.


Lepas dipotong satu kaki setengah, anda haruslah potong kan setiap bahagian hujung dia 45darjah. Supaya nanti kita boleh buat bentuk empat segi gitu..



Dah habis buat tu, kita kikis lah bahagian dalam kayu tu, supaya nanti bila kita taruk kain canvas nanti, takde lah dia ada macam line ketara. So, kita kikis-kikiss,,,


Kita kikis-kikis dia, sampai nanti banyak serbuk-serbuk macam ni. (serbuk pon boleh!)


Jadi ye rakai, apa yang anda bakal lihat nanti ialah, gam hebat ye rakan,,



Yea, gam hebat ini tujuan nya untuk menge'gam' kayu tersebut sebelum dipaku gitu.. Jadi, kita gam lah kayu tu dibahagian tepi-tepi dia..
Sambil kita letak gam tu, kita ukur dia elok-elok guna sesilu L supaya tak bengkok-bengkok..

Dah siap ukur elok-elok, kita paku dia guna stapler gun yang awesome ni. Stapler lah salah tiga empat kali supaya diakuat sikit..


Dah habis stapler, kita ukur lagi setiap bucu dia,, kasi tak senget. Kalau senget, jenuh lah nak kena bukak satu-satu balik. Time ni lah saya dok panggil en.Rashfan,, pasal dalam bab-bab meng'ejas'-'ejas' ni, ssaya agak slow sikit,,


Dah abes ukur, semua perfect dah,, kita tunggu lah sampai gamb tu kering dulu. Adalah dalam 1-2 jam. itu pun tengok lah kalau tebal gam tu, lambat lah dia kan..
(tunggu japp,, ,, tunggu jap,,)
Ok! dah kering dah. Seterusnya ialah, kita paku canvas tu. Nak traditional way ke, advance punye? kalau nak traditional sikit, guna lah paku ngan tukul biasa. Tapi kalau nak awesome, guna lah pistol halal ni,,

Serious, agak cuak bila dengar bunyik dia, sumpah menggerunkan. and dia tak macam stapler gun,, dia cam picit sikit je, pastu terusterpaku betul. perghhh! sumpah takut.. .. ..
Dalam-dalam takut tu,, boleh gak saya buat lepas tu.. huahahaha:DD
anyway,, kang bila dah siap dia jadi lah macam ni,,

Jadi selesai lah sudah cara-cara membuat canvas part 1. Nanti-nanti saya berbelog pasal buat canvas part 2 ; kain canvas pulak. teeheee :D

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)