Hari Sabtu yang dah dekat Final

Aku bangun pagi tadi,
*Shihhhhhs!* dah pukul 8.30!
aku tengok tepi, Lala pandang aku, dia nampak lain. ohh,, dia pakai tudung style lain hari ni doe. lain. Aku tengok Sab, dia tengah berus rambut dia yang panjang gila tu, muka dia ada tompok-tompok merah. Aku tau kenapa. Tiap kali lepas mandi, muka dia mesti jadi camtu. Klaka gila, macam polka dot. Tapi aku malas nak gelak. Kang kalau aku gelak, tak pasal pulak tersembur air liur basi aku.
tak a. aku tipu korang. sila jangan terasa geli ok. sila jangan.
(aku tekan tab sebelah. AKU NAK RAMBUT KESHA! ,, terus kan menaip.)
Aku pandang phone aku jap, ciss, hari ni ada test koko. Aku tengok ada new message, "Test koko hari ni batal, Encik takada, dia kat Shah Alam.".. aku beberk jap.. ciss... Kalau aku tau awal-awal, aku dah buat print making aku malam tadi dah.. cis..
(aku dengar bunyi cam orang tengah nyanyi, aku pandang tepi,, budak sebelah aku tengah nyanyi wei,, ,, ,, serious.. hari ni hari sabtu kot.. orang kat library sikit, so kalau kau nyanyi, memang orang sume pandang kau.. sila stop nyanyi dik.. awak tu tengah kat bilik ITC yang sangat senyap.. sila slow kan volume kat headphone awak..)
kat mana kita tadi.. oh,, test koko tak jadik..
Jadi aku pun text lah kawan aku yang fya tu, aku tanya dia kat mana, dia kata dia kat bilik tengah buat Print making,, aku dah agak dahhh, takpe, aku pun tengah on the way buat print making gak ni. takpe chill-chill..
Aku amek ink print making aku, , ingredient seterusnya, Linseed Oil.. Ciss.. aku baru teringat, aku tertinggal linseed aku kat foyier. Semalam aku buat painting, aku tak amek.. ciss.. Makne nye aku kene buat kerja aku kat foyier gak lah kan. Boleh lah.. Aku pun mandi...
///
(aku tekan tab youtube aku, aku tekan lagu Deja Vu 3Oh!3,, sedap doe lagu ini. sila lah dengar.. Lagu tu cool lah gila)
Lepas mandi, aku grab botol Jus Tok Guru aku, aku panggil Jus tu Jus Tok Dalang,, baru Upin Ipin ann! Peminat pulak. Normal lah kan,, Ika kot. tolong ah!..
Aku minum straight, satu telan je lah. kang lelebih, terover active kan, out of control pulak kan..
Aku siap-siap, aku bawak beg favourite aku yang 'lah sangat' tu,, beg drawing yang jadi teman setia aku dengan beg hebat aku yang aku bagi nama Si Sopan. Pasal colour dia pink, so dia macam sopan. Aku isi kan Si Sopan tu dengan banyak gila barang, kalau mak aku nampak, mesti dia marah, "Beg mahal-mahal beli buat macam tu, rosak lah nanti.." .. Macam tak biasa pulak kan Ika, kau nih..
Aku pun jalan lah kat tasik, aku tengok kat kanan aku, sebelah tasik tu,, ada budak pompuan tu bawak beg besar gila, aku dah macam,, "adik, kau nak pegi camping ape ke?",, Pastu baru aku terperasan, oh,, dah start study break kan.. Tapi budak AD macam aku, memang kene stay sini lame-lame lah kan.. alahaiii Ika, kau macam tak biasa pulak kau ni..
Aku panas gila. Matahari melaka ni macam tembus kan baju aku, perghhh! surious.. Aku pandang atas, wahh! Syurga Melaka lah wei! kena masuk ni.. ..
Aku pun sampai kat locker, aku sumbat beg drawing aku, sikit lagi final aku tak tergolek sekali dengan ink print making aku kat depan library ni, kalau tumpah, memang aku panggil lecturer aku, aku claim, INI ARTWORK SAYA UNTUK FINAL INI PROF. SILA BERBANGGA DENGAN PRODUK ANDA, IAITU SAYA. SEKIAN. ,,
tapi benda tak jadi an, takpe lah, terus kan berjalan kat ITC.
Ok, sekarang aku tengah menaip belog aku ni. hmm.. Tujuan penaipan belog ni ialah,, AKU PANAS SANGAT TADI JADI AKU INGAT NAK SINGGAH LIBRARY JAP NAK SEJUK KAN BADAN.. cool ann..
Tapi serious, aku memang masuk library ni pasal nak sejukkan badan. serious..
Terima kasih kerajaan pasal menubuhkan UITM, terima kasih UITM kerana ada Library, terima kasih Library pasal asang air cond, terima kasih air cond pasal sejukkan badan aku. sekian.
p.s :
tadi waktu aku jalan naik tangga 'batu cave library' aku nampak ada budak pompuan ni pakai baju sequin dengan cardigan. Aku tak marah kau pakai baju sequin, tapi sila jangan pakai baju sequin waktu tengahari buta. Bila matahari memancar dengan penuh terik nya. serious. hampir buta mata aku tadi. sekian lagi sekali..

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)