Virus INK

Jadi ye, ingin saya bercerita disini ye, tentang virus yang melanda UiTM Melaka.
Kepada sesiapa yang dah belajar lama dekat London, of course tahu, tapi kepada yang tak tahu, inilah dia, saya nak buka cerita. (cakap macam nak bukak silat. :D)

anyway,,
Dekap UiTM london tu, adalah satu virus ni, kat library lah kan, of course, dy virus kat PC. Ok, virus tu, once awak cucuk pendrive awak kat PC library tu, nanti, bila awak balik, cucuk pendrvie kat laptop, nanti folder kat dalam pendrive tu, seeemmmmmua jadi shortcut. hebat tak hebat?! hebat ann! Kalau tak jadi shortcut,, dy jadi,, ,, hilang. Serious,, hilang.

Jadi buntu lah kepala satu-satu pelajar UiTM london ni bila pendrive diyorang kena virus ni,, termasuk lah yang tengah menaip ni jugak. Jadi ia nya, saya dok lah terkebil-kebil tak tau nak buat apa dah bila pendrive saya yang hebat ni,, yang penuh dengan kerja ni,, masuk virus.. Apa lagi an,, lumrah kaum hawa lah kan,, NANGIS aaa,, ape lagi ann.. Itu lah dia..

JAdi puas-puas nangis semua, call lah mak ayah, suruh beli pendrive baru. Jadi beli lah,, siap 8gig lagi. AMEK KAU!. itu lah, jadi, buat lah kerja macam biasa.. Buat-buat semua, masa untuk print kerja. Pergi lah ke CC, nak print an,, jadi, cucuk lah kat PC kat CC tu,, pap! kene lagi virus sama~~ rupa-rupanya, virus tu dah bapak tersebar habis sampai ke CC luar melalui pendrive-pendrive pelajar UiTM london.. Pergh! sikit je lagi air mata nak jatuh,, abang CC tu selamat kan,, dia kata,,
"virus ni, dia bukan hilang kan folder,, folder adik still ada kat dalam pendrive ni lagi.. Jangan risau,, virus ni hidden kan aja folder tu..''
Rasa nya Abang tu dah terperasan dah muka ku nak nangis. alamak, kantoi,, takpe,, sambung,, Abang tu sambung cakap lagi,,
"Ok contohnye kan adik, kat sini, adik tak ada folder tu kan, ok, adik bagi nama folder tu, abang taip kan,,"
Saya pun cakap lah nama folder tu, pastu abang tu tekan nama folder tu, baru lah keluar,,,
PERGHHH!!! cis! rugi je buang pendrive lagi satu. Dah lah pendrive tu penuh gambar Lady Gaga.

Anyway, jadi nye, cerita nya lah, virus tu hidden kan folder,, tapi,, saya nak bagitau ni,, kalau kat laptop or PC, boleh lah kita taip balik nama folder tu,, tapi cuba kalau kat phone.. hahaaaaaaa~ ye rakan se UiTM london ku, dengan ini secara sah nya saya bagitahu ye, handphone saya yang mantap ni, dah kena virus hebat tuu~ habis semua folder kat dalam memory card hilang.. TERBAIK DOE!

itu je lah kesah nya..
ika nak sambung nangis ;'(

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)