Random

Random pics from my baby Eton ; laptop.


Angelina Jolie ; hampir tiap kali buka, memang set as desktop background.


Cupcake dari hari birthday saya and Lala hari tu.


Gambar last sem (part 2) Farah Liyana, aka Lil. housemate & classmate.


Lukisan di tangan waktu kelas BEL last sem. And, secara terang-terang kat situ yang saya tengah lapar.


Wan Sharf Amsyar. Gambar last year waktu before majlis perkahwinan Kak Long. Dia sebok mengacau I buat woodcarving time ni. nasib baik lah kau ni comel amsyarrr,, ya Allah, rindu nya nak peluk budak ni. haihh.
(earphone tu poyo je. yang benarnya, memang takda apa-apa lagu pun yang sipasang, dia je pandai posing. bagus budak ni.)


Lukisan Haziq Othman waktu tunggu makanan datang kat Cafe Jebat. yang benar nya I yang lukis muka tu. dia poyo tambah-tambah badan buat tuff. cehhh, perasan..
(haha)


Print Screen hari jumaat lepas waktu tengok cerita The Social Network sambil tengok email yang ada ribu-ribu dari facebook. ni di print screen setelah penat men'delete' email-email dari facebook tu. cehh..


Gambar dari Yahoo, waktu search for 'the amazing pody paint' and yeap, itu body paint, bukan edit photoshop.


Gambar waktu part one!! malam waktu sebelum induction budak-budak AD. muka ku bosan. haha. di dalam gambar ada Shifa, my bestfriend;Lala and saya.


Koleksi kasut MiuMiu. Kalau lah kerja saya ni sebagai model sambilan yang mempunyai fashion belog yang awesome lagi berjaya, memang lah saya beli semua kasut-kasut ini. Tapi realiti nya saya sebagai student Fine Art yang banyak berjalan, jadi, bantutlah niat tersebut.
Tapi kasut-kasut dia memang lah lawaaaa,, esspecially yang bawah sekali, dua dari kanan..
YANG TU MEMANG I NAK BELI~~~ huuu,, nakkk~~~ nakkkk~~~~~

Kamera Kechik dan Yusof Gajah

ola,
so, hari Selasa lepas fakulti Seni Halus telah mengadakan trip yang sangat awesome ke tiga tempat iaitu National Islamic Museum (utk pengetahuan korang, ianya ialah muzium islam terbesar di ASIA! :8D bangga ) , Galeri Petronas dan juga Balai Seni..

Jadi nya entri kali ni bukan kerana nak bercerita pasal lawatan tu, yang tu entri lain, tapi yang ni pasal nak ceritakan betapa pada hari tersebut saya asyik dok berkepit dengan kamera baharu Puan Kechik aka Zahierah Athirah.

Beliau ialah ini,,

(gambar diatas ditangkap oleh Yang Berbahagia, Saya. haha;D )

Yea. Kalau last two sem, saya asyik bermain dengan kamera Sabby, jadi kali ni saya sebok main dengan kamera Kechik. I am SOOOO SOOORRRRYYY~~~~

dan yang benar nya, saya suka kamera.



Saya suka sangat kamera. ..

Tapi anda (kamera) sangat mahal T-T .. kenapakah.. kenapakahh..



Sebagai seorang pelajar yang tidak mengambil PT, saya berbelanja dengan penuh berhati-hati.
WAH! disitu ada rhyme.. mantap you'ollls!

Anyway,,
kat sini saya minta maaf lah yang teramat kat Kechik aka Iera aka My walking Armrest, kot-kot hari tu terbanyak kali kidnap dia punya kamera.. kan.. sorry la kan,, Kita kosong-kosong lah kan..



Dan juga, dekat trip tu saya ada borak-borak dengan Encik Tuk Kura aka Amir Maskulin. (haha, ampun ;) Dia pun suka kamera jugak.. YEYYY!! GENG!! ..
tapi dia suka kamera lomo. woooowww~~~ macam awesome.
So, waktu trip tu saya ada tanya-tanya dia, and dia pun ada lah sikit-sikit cerita pasal kamera lomo ni semua, and waktu teman dia beli filem hari tu, dia ada tunjuk kan kamera yang best, siap tanya lagi counter harga tu (cehh,, macam poyo je kan kau Ika,, kau berduit ke nak beli menatang tuu?? berduit ke kauu??) so yea,tanya-tanya,, orang tu kata RM400..

Yes, kepada anda yang berduit, mungkin anda akan rasa macam ,
"Lek a babe, 4rat je babe,, apadahall~~ (ikut 'slang' Haziq Othman. haha).."

yea, jadi kat sini saya nak bagitahu anda lah kan,, ,, (ehem,,)
EMPAT RAT TU CUKUP UNTUK MASUK HUAN YO TIGA KALI JE UNTUK BELI BARANG ART SEMATA-MATA UNTUK BUAT ASSIGNMENT AKU ITU PUN BELOM MASUK LAGI KALAU AKU NAK BELI TURPENTINE YANG GABAK BESAR TU ATAU PUN NAK BELI CANVA KE APA KEJADAH LAIN KAU PAHAMMMMMM???

puh.. jadi , kat sini, terbantut lah niat aku untuk menjadi lomo photographer (adakah term tersebut? saya main belasah je..)

Takpe Ika, kau nanti dah berduit sikit,, kau beli lah berapa banyak kamera yang kau nak okay ika,, okayyyy~~
(ika cuba menenangkan hati beliau. sambil minum milo panas.)


(kat sini, tudung aku dah nak jatuh ke hadapan.. cis,, lupa nak letak pin kat tepi. cis lagi)

anyway, mulai hari ni, saya dah mempunyai satu lagi cita-cita yang best. Iaitu ;
SAYA NAK KAMERA AWESOME , satu.
SAYA NAK KAMERA LOMO, satu.

TADAAA~~ ;DDD

bukan apa, elok lah kan,, takde saya nak menggedik-gedik pegi kat orang yang ada kamera awesome pastu buat muka kucing lapar takmakan tiga hari ann.. senang ah.. And,, takde lah orang sebok tiap kali saya mintak pinjam kamera tu nak marah ke kan,,
"Kau ni minah,, beli lah kamera kau sendiri. Sebok je nak guna kamera aku ni. haihhh,,"

huuu,, T-T Im sooorrryyyy~~
sorry sangat sangat.. tak nak kacau kamera korang dah. sewious! (rempit sikit kan.. haha)

But then,, stakat snap dua tiga empat gambar kat kamera korang tu,, eheh, takkan lah nak marah annn~ come onnn come onnn~~
(Ika cuba nak break the ice. Ika, stop, tak menjadi Ika, stop..)



Oh yea, sebelum entri ini habis. di sini saya siarkan gambar hebat waktu trip hari tu..

Itu diaa,, artist yang terkemuka di tanah air mahupun luar negara,,
Yusof Gajah lah you'ollllss~~~

end :D
gambar-gambar diatas adalah antara gambar yang di'snap' oleh saya. kecuali gambar yan ada gambar I tu lah kann,, apahal pulak aku yang tangkap tapi aku ada elok posing kat dalam gambar tu kann,, come onnn -,-'

Space Jam dan Crosshatch

Malam Ahad,
watching Space Jam,,



While menyiapkan assigment..

(Crosshatch guna drawing pen di atas kertas A4. Gambar sebelah kanan ialah gambar sebenar.)

(macam terbalik, yeap, terbalik. di malam yang indah ini, saya menyiapkan assignment saya sambil menonton Space Jam. selepas ini,, Moonwalker ;DD)

Overall & SKETCH

dengan melepak di atas katil pada pagi buta sabtu bersama broadband adalah suatu yang indah jika anda mempunyai idea untuk bercakap tentang apa. right?

Ok, here's the deal, sekali lagi, saya buntu nak tulis apa. cis lagi.
terima kasih tidak terhingga kepada Sabariyah Yusoff yang begitu baik meminjamkan broadband beliau kepada saya. thanks Sabby.

Akan tetapi, bak kata beliau, broadband beliau agak sejuk-sejuk demam. Apakah sejuk-sejuk demam? itu ialah kata lain kepada gedik yang tidak bertempat. bagaimanakah itu? yes. Broadband beliau akan secara mendadak laju, tetapi tak sampai dua saat, dia akan tiba-tiba disconnect tanpa bagi salam, then bila tekan nextpage, kemungkinan besar untuk entri yang telah ditaip dengan rapi ini untuk hilang dengan penuh meriahnya adalah begitu drastik lagi peningkatan nya. Jadi ika, taip fast.

So, tiga minggu di London. Panas seperti biasa. Berat badan ku terasa menaik. Terimaksih kepada housemates ku yang begitu rajin memasak lunch serta dinner yang sedap dan awesome seperti makaroni goreng, fettucini carbonara, nasi goreng paprik, serta sambal sardin dan pelbagai lauk lain. Aku sayang korang.

First week masuk U, kad aku terus dah takboleh guna untuk pinjam buku, pasal on the first week lah saya pegi melantak pinjam terus 10 buku (had maximum) dari library semata-mata kerana takut buku taksempat untuk di pinjam.

Tiga minggu masuk u, dah ada trip. Selasa lepas Fine art ada buat trip yang begitu jaya nya ke National Islamic Museum, Galeri Petronas dan Balai Seni. Sangat best. Akan update tentang trip itu nanti.

Aa, what else. Oh yeah, my friend Adli Nazrin will be performing at KLPAC this sunday. Dia akan perform tengahari. Jangan tinggal. Dia awesome. Like, memang awesome, sila lah datang ke KLPAC dan tengok dia perform. Ganti kan tempat saya yang tengah menaip pada pukul 3pagi ini kerana buzy dengan kerja-kerja / tugasan yang diberi.

And a, Gong Xi Fa Chai akan berlangsung pada 3 haribulan. Saya suka tarian singa. serious. Dengan ada nya Tahun Baru Cina, memang sah kita rakyat Malaysia akan cuti. so, cuti berlangsung selama seminggu. InsyaAllah saya update sebelum cuti nanti.

Lepas cuti tahun baru cina tu, pada 8haribulan nanti akan ada trip lagi oleh Fakulti Seni Halus. Ke, balai Seni. tidak sabar. serious.

then, dua minggu lepas itu ada EXHIBITIONNNN!!!! haha, saya sangat excited tentang exhibition. insyaAllah, batch kami akan buat exhibition setiap sem, kerana memang dah dari part2 kami buat exhibition. InsyaAllah, kalau jadi buat sampai part6, makna nya kami adalah batch pertama yang buat exhibition setiap sem. yeyyyy~~ so yea.. Exhibition yang bertajuk Still Life akan berlangsung selama lima hari dari 22 haribulan Februari hingga 26 Februari. And sekarang saya dah cakap, sila lah, jemput lah datang. Akan update tentang exhibition itu nanti.

So itu je lah plan untuk bulan ini dan bulan depan buat masa ni. will update soon.
btw, saja gedik nak upload. Ini adalah sebahagian daripada apa yang terkandung didalam sketchbook saya.

Oh! bercakap tentang sebahagian dari sketch book, kenapa? kerana by the end of this sem, lecturer saya akan ambil buku sketch ini jadi isi kandungnya akan diberi sekali lah kan of course, so,, yea,, I know, that I will miss my drawings, so,, saya upload dekat sini.
(kerana kalau save dekat laptop atau pendrive, memang sah akan terdelete.)

SEKIAN :D


















akan upload juga yang lain-lain. anda cuma perlu bersabar sahaja sekarang.

First Assignment

Duduk dihadapan laptop pada tengahari Ahad doing nothing adalah suatu benda yang paling bodoh saya pernah buat untuk tahun ini. Seminggu masuk kelas dah ada 3 assignment yang perlu dihantar minggu depan. Hmm, minggu depan bunyi nya macam lama lagi, lets just said, perlu dihantar lagi dua hari. Tolak satu hari untuk binding semua, so, perlu di siapkan hari ini. Ciss.

Assignment pertama dari kelas printmaking. Kami dikehendaki untuk menulis 5-6 page of History of intaglio dan menceritakan tentang teknik intaglio, dan tentang artis intaglio. Nice. Padat, Alhamdulillah.

Assignment kedua dari kelas painting. Kami dikehendaki untuk menulis 8-9 page of seorang artis landscape bersama tiga karya beliau dan juga kritikal dari aspek formalistic. Sangat part 2. Serious. Dan sekarang saya dah hamper lupa apa itu aspek formalistic. Ciss.

Assignment ketiga oleh Lecturer Art History saya, iaitu untuk menceritakan tentang art. Basic tentang art. Agak mudah kalau anda bernama Adli Nazrin atau Farah Liyana but a,, kalau anda bernama Ika Zkflee, yeap. Anda perlu bekerja dengan lebih keras dalam bab-bab ini.
kerana otak anda agak lembab . aka beberk.
Tapi aku tetap bersyukur. Atleast aku ada otak.

Moving on..

Jadi disini saya duduk menaip belog sedangkan assignment-assignment saya pun tidak tersiap-siap lagi. Hmm.. wish me luck.

Breakfast McD Lala dan Shifa





Semasa mereka happy makan breakfast dekat McDonald, saya sorang bercinta dengan webcam yang tak seberapa ni. Ciss, aku curang kepada Taylor Lautner. Ini semua salah korang. bye.

(entri yang agak emosi. sila nangis. bye.)

Rumah Sewa dna Perubahan

hello :D
8january2011!
masuk hari ni sudah cukup satu minggu berada di kota london yang indah lagi,, indah ini. yeahh~
Seminggu ini terasa macam paaaanjang gila. serious. mungkin pasal saya macam banyak benda nak buat, and nak kena start buat planning yang hebat, and kene ikut masa and baru nak menyesuaikan diri balik dengan persekitaran kot.. hmm,, mungkin. Tapi! sepanjang masuk ni, ada lah beberapa perkara yang agakberbeza sikit dari biasa, contohnya;
1) Kalau dari part one sammmpai part three dok turun naik tangga Tun Senaja dari tingkat 4 semua, and jalan kaki ke kelas,, sekarang dah 'up' sikit dahhh.. Dah naik kereta ann.. Iyelahhh,, orang NR (belagak gila time ni. haha)
2) Kalau dulu asyik lah dok makan kat Cafe Jebs aka Jebat dok amek lah nasi setengah pinggan + sambal telur + 'krupkrup' ayam = RM150. Sekarang dah 'up' sikit,, makan kat Kelemak dahh..
3) Kalau dulu lepas solat subuh boleh lah dok lentok-lentok lagi kat katil, chil-chill lagi sementara tunggu time nak mandi. Sekarang takboleh dahh,, kau kene bertolak dari pukul 7.50 dahhh. (waktu ni aku bersyukur yang aku memang jenis datang awal pegi kelas. haha)
4) Kalau dulu lepas kelas boleh lahjalan-jalan, menurunkan lemak yang ada. Sekarang kau dah 'up' dah,,lemak kau memang berketul-ketul lah kan lepas ni Ika kannn. Rumah pun satu tingkat je, pegi balik kelas naik kereta kann.. memang bertambah J.Lo lah kau kannnn..
5) Kalau dulu makan kat dalam, murah lah sikit, sekarang makan kat luar,, kene lah saving-saving kan. Duit minyak kereta lagi, sewa rumah lagi, bil air, elektrik, duit makan, duit nak beli barang art. haih,, sabar je lah kannn..
6) Kalau dulu part three, mencecetlah kau nak handle 10subjek sekali gus kan. Sekarang kau dah relex lah sikit kan, ada 6 subjek je.. SATU JE PULAK TU PAPERRR. haih..
7) Kalau dulu asyik makan makanan kat cafe lah, kedai lah,, Sekarang kau 'up' sikit,, dah boleh merasa air tangan sorang-sorang housemate kau pasal dah ada dapur annnn,,, :DD
8) Kalau dulu asyik call Mayah, mengadu banyak sangat kerja kau sampai tak terhandle, sekarang, kau kelas pun ada yang satu hari satu kelas je kan. Dah! takde alasan lagi untuk kau takbelajar!
Gitu lah dia.. Banyak perubahan dia buat masa ni.
Tapi kan, yang agak saya rasa macam, terlopong sikit tu, ialah perubahan harga makanan. Serious.. Tak tau lah samaada sekarang ni memang harga dah naik ke hape ke kan, tapi macam tak munasabah. Yelah kan, knowing me, saya ni, suke lah makan. Tapi dah seminggu kat sini, harga makanan macam dah mahal doe sekarang.. Ke harga dia dah pelik sikit??
contoh nya ;
1) Nasi Goreng Cina = RM3.50 (dulu bukan,, RM3 ke)
2) Nasi + Sayur + Ikan = RM8 .. (YANG NI AKU PALING INGAT!)
3) Kangkung Goreng Belacan (tanpa nasi ye) = RM3
4) Teh O Ais = RM2
;'( betul ke harga dia macam tuuu?? sedih loh yang benarnye kan.. tapi serious rase macam pelik gila.. Saya bukan nye stok makan kat hotel ke, restoran yang 'grand-grand' tu, tapi ni memang stok mamak kat tepi tu je, tapi memang harga dia macam tu.. sedih weii,, serious... Tapi tu lah kan, nasibbaik MaYah ada bekalkan cereal yang awesome bernama CHEERIOS! heeee,, cereal tu sangat mengeeeeenyangkan! serious! thanks mayah :D
ANNNNNNNDDD,,
Berada di rumah sewa ini, yang diduduki oleh 5gadis yang berfikiran seni ini, sangat mengagumkan :D Kami hias dinding ruang tamu kami dengan assigment2 lepas kami. Lawa jugak lah, memandangkan kat sini ada 2 BUDAK GRAPHIC, 1 BUDAK PHOTO dan 2 BUDAK FINE ART (ni tinggal IDE je yang tak ada) tapi memang dinding ni dihiasi karya kami dari lukisan tangan, lukisan komputer(boleh ke I cakap macam tu) dan juga gambar-gambar.. heeeeee
(will upload photos of our livingroom bila dah cukup gempak nanti. boleh pulakkk ;D)

selamat tahun baru :D



Hello rakans:)

Mula sekali saya nak ucap, SELAMAT TAHUN BARU 2011 !! alhamdulillah saya masih disini, bernafas dengan penuh sempurna:) kalau nak lebih tepatnya, saya, berada tepat didalam kotal katil saya dengan 4/5 peratus daripada barang diatas katil ini ialah barang-barang yang perlu dipack kedalam beg untuk saya balik ke Kota London pada hari esok ..

Ye, saya balik esok, pagi yang benarnya flight tu gamak nya, tapi tak siap pack lagi. -,-' heeeeeeee


..


seterusnya,,,

Jadi secara sah nya saya nyatakan dekat sini di belog sejati yang agak rapuh tapi masih kukuh ini, dah la hari tu cuti aku update sikit gile. (kalau nak dibandingkan dengan update orang lain lah waktu cuti lah kan, tapi yang benarnya memang boleh bandingkang dengan diri sendiri pun. Last sem cuti sampai hambek kau 70update satu bulan. kat sini aku pun cakap, "Ika, sesungguhnya, kau tak ada life." haha)

Tak de lah, cuma bergurau kat sini ye (ika cuba menepis realiti). phhhh! . Tapi serious lah, kali ni update sikit untuk cuti, ni pulak nak menambah nak masuk 'sekolah' balik dah, memang tidak bergeraklah kan belog aku kan kan kannn. Tapi tak apa lah, selagi yang termampulah kan.

So, yea. selamat tahun baru.. bagaimanakah anda menyambut tahun baru anda?? Saya menyambut tahun baru saya 2011 dengan beronline dan membuzykan diri dengan menghantar wish kepada semua rakan-rakan di facebook. (memang aku sempat bagi sampai orang nama start huruf H je. soooorry gile, mata dah layu sangat. haha)

Bagaimana pula anda menyambut satu hari sebelum tahun baru?? Saya menyambut nya dengan pagi mama buka lagu nasyid, packing barang, pergi IKEA beli barang untuk rumah dekat Kota London, pergi The Curve untuk menyakitkan mata, makan Sushi, dan Kuey Teow Sup dari pasar seksyen 6 yang sangat lah sedap yang pernah saya promote dulu. heheeee

Bagaimana anda menyabut hari pada tahun baru anda?? Saya tidak dapat menjangka saya punya, tapi yang sah nya, esok saya mendaftarkan diri di Kota London. yeyyyy~~

Jadi, 2011. angka yang indah sebenarnya. tahniah kepada mereka yang lahir pada 11hb 11, kerana hari jadi anda kali ni awesome gila. 11 / 11 / 11 . cool kan angka tu. memang elok untuk buat tarikh perkahwinan kepada sesiapa yang merancang nak kahwin tahun ni. Kepada yang masih belajar, "kau jangan nak menggatal." *senafas pesanan aku.* haha >D

Saya tahu seorang yang lahir 11hb 11.. NADIA FARHANA MAHMOOD~ jiran dari aku darjah satu. dia lah yang pernah tengok aku hodoh gila dan bertapa nerd nya aku pergi sekolah guna beg tarik sambil rambut panjang aku kene buat siput kat belakang *pasal rambut aku panjang gila sampai pingang time tu* , sambil tangan kiri aku pegang basket rotan yang berisi lunch box, air mineral satu botol, air sirap satu botol, dengan sebiji epal. Yes -,-' kalau aku cakap macam ni korang mesti macam fikir ,"mane ade, tak ah, tak ah, tu macam budak-budak kat dalam TV je, tipu je.", kat sini aku bagitahu korang," ITU AKU LAH WEI, aku tau lah kan.... -___-' "

tapi serious, saya memang bawa macam tu hari-hari. agak nya, memang pasal tu lah kalau nak fikir kawan saya waktu sekolah rendah sikit aja kan.
*bukan 'agak' lagi dah Ika, memang kenyataan.*

..

asal jauh gila bersimpanggg,,

Anyway, selamat tahun baru. kepada mereka yang belajar di Kota London, nanti senang-senang kita jumpa lah an, pastu takda hal lah kalau I tak kenal you pun tapi jangan lah segan silu kan cakap Hi. sesungguhnya, I ni melayan orang nya *kecuali pervt*

sekian!
yang benarnya, aku sendiri takfaham apa motif yang aku nak sampaikan kat dalam entri ni. kat sini, aku sentap.

I Miss You

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)