Aku Hampa Dengan Engkau

Aku hampa dengan engkau.
Maaf kalau aku hembus segala yang terjerat.
Sesungguhnya yang terjerat ini adalah perkataan yang binasa bagi telinga kau,
tetapi suci makna disebelah satu-persatu perkataan yang akan aku sebut ;
khas buat kau seorang.
Kerana kau dekat dengan aku.
Dan aku hampa dengan engkau.

Aku hampa dengan cara kau berfikir.
Aku hampa dengan tindakan kau.
Aku hampa dengan pepatah kau.

Aku putus dekat sini ; terkilan dengan engkau.
Terkilan kerana kau bohong.
Bohong orang yang dekat dengan engkau.

Hentikan apa yang engkau dah lakukan.
,,
Ingat pesan aku yang aku pernah cakap dahulu,
"Allah beri kita pilihan."

Aku tidak pernah desak kau berhenti secara tiba-tiba.
Memang mustahil itu berlaku.
Tapi aku pasang niat engkau mencuba untuk hentikan nya ;
kini aku sedar, rupanya engkau bagai kan tidak mencuba untuk berhenti.

Aku tidak kata muka aku susah dibaca,
Aku tidak kata muka ku senang dibaca,
Tetapi aku berkonfesi disini ; memang aku cuba untuk menutup keresahan aku.
Kerana aku rasa, itu hidup engkau.

Tapi aku dekat dengan engkau.
Aku sayang engkau.
Aku sayang engkau.
Aku sayang engkau.

Cuba lah untuk berhenti.

Aku sayang engkau.

Aku harap engkau faham hati aku yang dekat dengan engkau. Aku tidak kata benda yang aku cakap ini benar, kerana aku harap tidak. Apa yang aku kata ini, hanya andaian, kerana aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. . . Maaf. . . .

Buat Canvas

post ditulis ; 4.17 pagi , Jumaat Indah I

Semalam saya belajar buat CANVAS! itu cool sebenarnya, tolong loncat.
Hari ini, insyaAllah nak sambung buat canvas lagi, kerana semalam tidak sempat nak siapkan sepenuh nya.

Gambar akan di-upload-kan disini. :)

Serious nak share kat korang :DD

post di-publish ; 4.19 pagi , Jumaat Indah II

KUEY TEOW, KUEY TEOW

Ok, korang duduk area mana? KL? Subang? Petaling??
Korang oernah pergi Shah Alam?
Tak? ,, serious? ,, ,, well,, sorry to say,, ,,
anda loser..

Takde lah, gurau je. Jadi, disini, saya menaip (pandang ke kiri) jam menunjukkan tepat jam 3.51 pagi. Syabas! Satu malam lagi tidur lewat. Alhamdulillah mata ku tidak ada beg hitam ketara. Tahniah kepada 'gene' ibu saya(begitukah eja nya?).

Jadi, pagi-pagi buta ni. Nak buat assgmnt pun macam mata kuyu sayu. Jadi, moh lah kita berbelog. Ni pagi-pagi layan cerita makanan pun enak jugak ni kan?

Ok, jadi moh lah kita berbincang tentang makanan.

Saya, Ika Zkflee, suka makan. Sumbat je apa pun, asal bukan durian dan kacang, dan halal bendanya, insyaallah saya kunyah dan telan. serious. Tidak, saya tiada makanan kegemaran. Specifik satu persatu, memang tak ada, tapi saya,, suka makan,, KUEY TEOW~

Diantara mee kuning dengan mee hun,, Kuey Teow itu hebat tho. Texture dia yang lembut and licin tu, kot-kot dah lapar bena boleh main telan,, tak macam mee hun,, itu kalau telan terus, silap haribulan, boleh tercekik anak tekak, buat nye jadi trauma macam kisah saya dengan ikan,,


moving on,
(ayat kegemaran kai, semenjak dua ini, ntah kenapa)


moving on lagi sekali,

Saya suka makan Kuey Teow. And,, jenis masakan yang gunakan Kuey Teow yang sedap ialah,, Kuey Teow KANTONIS~~ sumpah best. (terliur jap,, sedut balik - sedut balik).. Tapi kadang kala, kena pilih tempat juga kalau nak makan kuey teow kantonis ni, kerana, tak semua tempat kuey teow kantonis nya sedap. TAPI! yes,, ada tapi kat sini,, KUEY TEOW KANTONIS KAT BOWLING SUNWAY SEDAP fullstop. Macam mana saya tahu? Al-kisah nya dulu ibu bapa saya suka main bowling. Tiap minggu main. Jadi saya yang dah terer (lah sangat) ni, pemalas sebenarnya,, saya duduk la 'chillin' bak kata orang putih, kat cafe yang kat bowling sunway tu. Awesome gak macam tu ann..

AND! yess,, ada and kat sini.. Korang tahu Shah Alam an? Dia ada seksyen 6 tau. (bengong,, don't answer, I tengah layu). So secara umum nya lah, ada pasar tiap,, selasa kalau tak salah. Selasa dengan khamis. Jadi memang nikmat habis lah kalau ada pasar. KERANA! yes,, kerana pulok! Kerana, dekat situ ada jual itu Kuey Teow Sup yang teramatlah sedap! SERIOUS! kuah dia best gila. Daging dia lembut dan sedap rempah nya. Sambal dia pun memang enak habis! Serius.

Jadi Kuey Teow tu memang famous gila ah. Lagi-lagi bulan puasa,, memang famous habis lah! Tahniah buat pakcik yang jual tu. Anda berjaya disini.

Jadi,, Kepada sesiapa yang belum pernah try lagi Kuey Teow yang saya cakap ni, sila lah try. Anda tidak akan menyesal. Serious. I siap hafal lagi tempat pak cik tu meniaga kat mana. Dia meniaga kat bahagian belakang pasar tu. An dia memang cuma jual mee sup je. And ada lah mee kuning, kuey teow dan mee hun sebagai pilihan. Tapi yang awesome,, ,, KUEY TEOW!!!

(tidur sekarang Ika,, mimpi kuey teow itu. Esok bangun pagi pastikan bantal tidak hilang dikunyah ok.)

KALAU LADY GAGA JADI LELAKI. . .



Ape kata awak bila saya kata ini Lady Gaga?



Serious ni,, ini Lady Gaga..




Berikut adalah photoshoot our Momma Monster untuk one of Japanesse Fashion Magazine. Serious, benda ini kebenaran. Saya ambil gambar ni dari gagadaily.com, iaitu laman web khas untuk berita tentang Lady Gaga. .
Ye, saya memang suka Lady Gaga, apa awak susah?
(kening-kening)

Sangat MADONNA




Sangat Madonna kannn?!!!!
And Im sorry but,, Sangat cool..
Im pretty sure kepada mereka yang bertudung pun boleh rock something macam ni..
cuma tukar dengan skinny jeans je. And pakai jacket..
itu je kot~ Lagi pun skinny jeans tu macam takkan nampak sangat pasal top kan dah pakai mini dress yang cover smpai atas lutut, so,,
bentuk badan pun tak nampak,,
so,,
WHY NOT KANNN~~~
(dear mama dan atok ne, jangan buang your baju-baju vintage dan segala sunglasses ke atau pun beg ke, gloves ke,, kerana saya suka mereka-mereka.. thank you :DD)

McQueen's Spring/Summer Collection

My boyfriends' Spring/Summer 2010 Collection sebelum dia mati.
tsk tsk tsk.
And i believe dia ada sebenar nya tulis wasiat tentang yang karya-karya nya semua patut jatuh ke tangan saya..
(ika berdrama disini, layan je lahh)
But seriously, Alexander McQueen memang awesome kan :)


And yes I know, benda ni lama gila dah, but still,, bila I tengok collection ni I rasa macam my heart pounding terlebih-lebih sebijik macam waktu first time I tengok collection ni,(sumpah, penangan McQueen).. Bila tengok-tengok balik semua collection Alexander McQueen, dia macam,, memberi semangat untuk saya terus mendalami Fine Art dan jangan give up kerana, bila fine art + fashion, dia jadi AWESOME. . .
Thank you, boyfriend.

Not in the Mood

Dark boot-cut Jeans.
Floral motif mini dress.
Heavy Denim Jacket.
Extra Long black shawl.
Dirty high-cut converse.
Pale skin.
Double coated blackest black eyeliner, with a smudge on each ends.
Nude lip paint.
=
Ika is not in the mood.

Bad Romance Sign Language

COOOOOLLLLL!!!!!!

WATERCOLOUR EXHIBITION 2010

Hi RAKAN:)
Di sini saya nak menjemput anda-anda semua ke,,
WATERCOLOUR EXHIBITION
PART 2 (jan-may 2010)

di,
GALERI SENI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA MELAKA

pada,
5hb - 12 OGOS 2010
(Perasmian pada pukul 8.30 pagi - 1.00 tegahari pada 5 Ogos.)
datang lah beramai-ramai melihat hasil karya Part 2 smemester lepas termasuk karya saya dan rakan-rakan saya yang saya pernah mem'belog' kan di belog saya ini,,

Sila tekan link-link diatas untuk melihat antara lukisan-lukisan yang akan di pamer kan di Exhibition tu nanti..

p.s; Korang jangan gedik kata taklawa. Jadi disini saya mengaku yang handphone saya tak secanggih Encik Khairani punya xperia, jadi gambar semua macam blur-blur saje. Tapi serious.
Kalau korang nak tengok depan-depan(saya advice benda ni gila-gila) Kalau nak tengok depan-depan(saya memang harap gila anda tengok depan-depan) .. Sila lah datang ke Exhibition kami. And yeap, link-link tu cuma tunjuk sebahagian, ye, SEBAHAGIAN sahaja daripada lukisan yang akan di pamerkan kerana, tidak tercampur lagi dengan lukisan dari group A, yang akan membuatkan,, sebanyak,,
38 lukisan semuanya. wwwoww~ :0

Jadi silalah jangan melepas kan peluang untuk datang dan mengusha lukisan-lukisan yang di pamerkan. Mana-mana yang loaded tu, boleh beli lukisan tu, insyaallah, kerana kami akan sediakan nombor talifon si pelukis lukisan tersebut, jadi kot-kot nak beli buat hadiah untuk ibunda tercinta, ayahanda tercinta,, girlfriend yang tak tahan lama ke, boyfrined yang dusta ke,, boleh lah bercontact dengan pelukis and berunding pasal harga ye..

Yang penting sekarang,, datang lah beramai-ramai. Sesungguhnya exhibition tu berlangsung selama seminggu, and insyaallah kalau tak ada function lain dekat galeri tu, kami akan gamtung kan aja lukisan-lukisan tu sampai lah minggu-minggu seterus nya.. And kalau dah boring pun, korang boleh still round-round kat galeri seni tu yang memang penuh dengan artwork senior-senior kami yang hebat-hebat, tak kesah lah dari photography ke, graphic ke, fine art ke,, memang baaanyak gila. :)

SILA DATANG ye rakan:DD

kata dia,, ,, (2)


"I don't need a man.
I might sometimes want a man, but I dont need one.
I create my art, I earn my money,
I know where I'm going."
-momma monster-

KAI DAN XPERIA NYA


Mamat ini,

Dia sem ini merupakan, Class Rep bagi kelas DADF3B.
Nama nya Khairani Zaquan, dipanggil Kai, dipanggil oleh saya Rani.
Beliau merupakan bakalan pelukis handalan Malaysia tahun 2010++.
(ayat diatas khusus kepada mereka yang ingin berkenalan)

Tujuan saya menulis tentang beliau di belog saya kerana beliau begitu suka memerli saya dengan ayat-ayat dari belog saya.

Tahniah, ini menunjukkan yang anda begitu caring untuk membaca belog saya.

Antara sebab lain ialah kerana,,
BELIAU MEMILIKI XPERIA DIATAS!!!!!!!!
SUMPAHH!!!
Disini, saya begitu jelous.

Anda tahu Xperia? anda tahu?
Kalau anda tak tahu, ini bermakna anda anda dan anda adalah sebahagian daripada katak yang tidur di bawah tempurung. Jadi kedatangan saya ini adalah untuk anda keluar dari tempurung tersebut dan bernafas lah dengan udara yang segar bugar. terima kasih.

MOVING ON,,

Rani memiliki Xperia.
Dan beliau juga memiliki hobi yang sama dengan saya iaitu menyimpan gambar makanan.
Jadi dengan melihat gambar melalui Xperia yang ntah berapa megapixel ntah itu, dengan ini konklusi nya,,
saya lapar.

Serious.

Kepada mereka yang berpuasa, anda di 'banned' daripada mengusha handphone Rani.
Kemungkinan untuk terdetik niat berbuka itu tinggi.

Xperia ni sebenarnya awesome,, serious,,
tapi pemilik nya tu kadang-kadang terlebih gedik pulak..
"Opps,, terlajak pulak,, ", kata Rani sambil tersengeh poyo apabila Xperia beliau scroll kat bahagian list nama.. Ciss.. -___-'

Tapi serious, Experia ni awesome gila. Saya, walaupun tidak memiliki nya, tapi serba sedikit aura Xperia tu saya dah rasa dah,,
Kira sempat sentuh, main-main, tangkap gambar, gedik tekan-tekan semua..
So, try lah, merasa kehebatan Xperia tersebut dengan mengusha nya dari kawan-kawan anda yang agak loaded orang nya mahupun mak abah nya.

SEKIAN :D

RAIHANA DENGAN HODDIE NYA :D

Saya ada seorang kawan. Dia kawan dengan saya sejak dari Part One. Dia fasih berbahasa Jepun. (serious)

Dia minat animasi-animasi.
Dia suka tengok animax banyak-banyak.
Perangai dia comel dan dia juga sangat warmm orang nya.
Waktu Part One dulu, dia selalu hantar message dekat saya,
"IKA BANGUN BANGUNNN,, PEGI KELAS (>,<)"
Sumpah comel.
Takde sape pernah hantar message macam ni dekat saya.
haha:DD

Sekarang kami berdua dah Part Three.
Dia ambik Graphic, Saya ambik Fine Art.
Dah tak satu kelas dah ;'(
Tapi,
Bila kami dua dua jumpa,
Nanti jadi macam ni,,



Excited gila, pasal rindu dia sangat.. Masing-masing BZ je sekarang. Rai dah macam my little sister dah. Cooomel je..


Rindu Rai :)



COMEL KANN!! ni lah adik saya. (eceeehhh pepanndai je aku. haha:DD)


Eyp, comel pon comel, dia ni pandai lukis2 tau. haa, jangan memain~~:DDD

BERSABAR IKA


SEKARANG, DAH NAK DEKAT PUKUL 6.
MAKAN BELUM LAGI.
GAMBAR TRADITIONAL WOOD CARVING BARU 7.
LECTURER NAK 10 ++.
PUKUL 8 ADA MEETING.
HABIS, SAH PUKUL 10.
PUKUL 10, LIBRARY TUTUP.
PUKUL 10.45 DAH TAKBOLEH PEGI KELUAR NAK PRINT GAMBAR.
KELAS WOOD CARVING START PUKUL 8.30,, PAGI.




NI SEMUA SAYA SALAHKAN INTERNET YANG LEMBAB AKAK KAT CC LUAR! HUHHH!!
(ika tak rela menanggung bebanan. haha:DD. over drama kali ni. lebih baik saya behave.)

WOOD CARVING, DINNER FINE ART, SORRY GAGA



Dengan penuh hormatnya berada di dalam library Universiti kesayangan sambil buka tab banyak gila.
Sorry Gaga, tiada masa terluang untuk anda.

Kali ni Tab penuh ada1, 2, 3,, ,, 10. WOW! Dalam sepuluh, ada satu tab for blogspot, and satu untuk facebook (teheeheee) and satu untuk youtube (mendengar lagu 3OH!3 adalah suatu kewajiban, pan, kewajipan, ban? ? ntah lah, asal ada bunyi yang sempurna.) And, tab yang lain-lain ialah tab untuk,, ,, PENCARIAN GAMBAR WOOD CARVING!!! sangat lah susah untuk mencari gambar traditional wood carving ye anak-anak~ Semalam pergi CC pun lembab je internet dia, habis duit I, nasib baik RM6 je (walaupunn,, RM6 tu kalau buat makan nasi kontrak cukup untuk makan dinner tiga kali berturut-turut.) Telan air liur, perut buat concert, breakfast dengan lucnh belum lagi, sekarang pukul 6, nanti pukul 8 ada meeting fine art lah pulokkk!!!!
Ika bersabar sayang,, bersabar..


Jadi kat sini,, moh kita berkongsi gambar WOOD CARVING yang saya sempat ambik..




Tapi itu lah dia kenyataan nya, saya ber'internet' kini bukan lagi untuk Lady Gaga (sila alun kan alunan irama harmonika disini,,)


Puisi Buat GAGA






Lady Gaga,
Sungguh pun aku kini,
sepi,
sepi tanpa ke'online'nan ku di,
di GAGADAILY,
seperti yang biasa ku buat, daily,
pada hari-hari part two aku semester lepas..

TETAPI!
Hati ini, begitu lah iaa,
bagaikan kain songket,
Kain songket dilipat bersama kain basuhan biasa.
Perbandingan amat ketara.
Hati ku terhadap mu
dan hati ku
terhadap wood carving..


begitu lah dia puisi hebat dari saya yang kurang mantap. boleh lahhh~~



Jadi hari tu ada jugak lah try nak update belog,, tapi,, asal nak update je, mula lah keluar "PC akan ditutup dalam masa 10minit lagi kerana proses pembaik pulih".. tak pun,, "Sistem PC akan ditutup 10 minit lagi kerana tempoh masa anda telah tamat"..
ciss -____-''

Jadi itu lah dia,, tak berupdate lah belog saya.. alooo kesian dia yee,, merajuk ye,, alaaahai,, gedik NYE! Ok, so lepas ni (malam) kami the budak fine art akan the buat the meeting. Oh! and, nanti, kami akan buat exhibition untuk watercolour part 02 lepas~ cool ann coool annn~~ Sedar takpe. tapi apa-apa pun, nanti saya akan update dekat sini. Jadi, kepada anda yang gemar mengusha belog saya, sila teruskan,, ,, teruskan apa yang anda lakukan kerana saya, Ika Zkflee, akan tetap mengupdate belog ini dengan penuh cekalnya,, walaupun hanya seciput je yang membacanya..
walaupunnn~~~

Kenapa Penuh Tag Purple Hari Ni?

*bersandar*
pandang kanan,,
pandang kiri,,
pandang screen,, ,,
*senyap kejap*

pandang kanan balik,,
pandang kiri balik,,
pusing badan, try tengok belakang,, ,,
pandang screen,, ,,
*senyap lagi,, ,,*

tengok jam kat screen,,
tengok 'time remaining' dekat screen,,
*dekat-dekat dengan screen,,*
tangan capai kat papan kekunci (iye ke?),,
*menaip*


Asal Aku Di Kelilingi Tag Purple Hari Ni?
(IKA tentang berada di library pada hari ahad pagi.. .. )



kata dia,, ,,


if you can’t handle me at my
worst,
then you sure as hell don’t deserve me at my best.
-marilyn monroe-

moh lah kita, moh moh.

MOH LAH KITA KE KELAS CTU DAN ATH!
(sekarang saya berdoa supaya dapat lecturer yang awesome-awesome sahaja, mendangkan Lecturer hebat ATH saya, En.Ahmadrashidi tidak akan mengajar pada sem ini.
Kepada part one AD semester ni,, KORANG SANGAT UNLUCKY pasal tak dapat diajar oleh dia. serious.)

Monster Shoes by Laki saya :DD

orang kat atas tu, nama dia, SIFU MCQUEEN. heheheheee,,
takde lah..
Nama dia, Alexander McQueen. dia Awesome.
Kalau dia orang Malaysia, dah lama saya mengorat dia.
hahaha!! takde lahhh~
Jadi, ini lah dia collection Monster Shoes yang dari Spring/Summer 2010 collection dia yang saya buat quick writing nanti tu.. coooooolll kannn~~
Monster shoes ni ada tiga jenis, yang macam ballerina sikit tu terbahagi kepada dua, satu Armadillo, satu lagi,, Alien. Yang Alien tu dia guna satin as cover, yang Armadillo tu dia guna animal skin. Type ke-dua for Monster shoes ni yang skeleton look sikit tu, yang tu nama dia Dragon Heels. Beberk kan? aaa, cube korang usha balik kasut yang Dragon Heels tu, memang waktu first tengok, memang nampak macam kasut pengatin yang dah lama terkubur kat dalam tanah, tapi bila tengok balik, kasut tu sebenarnya design dia macam ada naga mengelilingi heels tu. try tengok. Then type ke-tiga tu,, ,, tak ada specifik nama kot. rase nye lah, saya tak pasti, research tak full lagi, tapi saya panggil dia Metal Heels je, pasal design dia kat heels dia tu guna besi. (pepandaii je saya. heheee)
Tapi serious, Cool kan design-design dia? kan kan??!!!

<3>MCQ



serabot gila sekarang, sila main jauh-jauh.

Hi! Jadi saya dengan penuh bangga menyatakan yang hari ini ialah hari ke tiga saya beronline di perpustakaan London!
(begitu teruja sedikit saya ini, tapi at the same time cuba cover-meng'over' takut nanti orang nanpak. Dah lah ramai gila kat sini. sesungguhnya, dah tiga sem saya belajar kat sini, sem ini lah pertama kali nya perpustakaan sesak dengan mereka ber tali 'purple', part one, TAHNIAH kepada part one! ini menunjukkan yang part one kali ni,, sangat,, ,, bagus! .. yeh!,, bagus!.. )
apahal ? -___-'?
Jadi saya mengonline sekarang, sambil buka tab banyak-banyak pasal tugasan dari lecturer sudah diberi. Ye, saya ulangi, sudah diberi. Jadi saya begitu kusyuk sekarang nak mencari gambar butterfly untuk projek printmaking saya-,- (mama, tolong doakan anak mama ni -,-'), and nak cari gambar jenis-jenis ukiran kayu untuk kelas wood carving,,
(oh snap! I dengar orang kutuk Lady Gaga kat sebelah saya sekarang. shit! ada begitu marah disini. Tapi takpa, memandangkan baru lepas lunch, jadi,, serious, dekat rumah waktu cuti hari tu sebok teringin nak makan kat jebat, sekarang dah makan, puas hati kau ika? puas?? humm,, ye, puas :D. Jadi,, boleh tahan lagi kemarahan ni. chill Ika, chill.)

moving on!

Kalau anda-anda perasan, blog saya yang lepas macam dull gila pasal tak ada gambar, well, actually ada. Puas saya memerah idea dalam otak ini untuk menghasilkan lukisan yang begitu lah lawa (saya perasan. layan je!) untuk diletakkan dekat blog ni, pastu bila dah save and nak letak je, computer tu macam hang lebih (dekat sini saya frust sikit.) pastu saya bukak balik paint, lukis-lukis balik, then save, then try nak upload, and still takboleh. last-last, saya, give up dan tidur. Baru puas hati saya -.- !

Jadi kalau anda-anda bertanyakan, kenapa taknak lukis je sakarang, jadi, ini lah jawapan yang akan saya berikan kepada anda,,
"Awak tak rasa macam pelik ke kalau melihat seorang kakak yang begitu sopan memakai baju kurung hijau yang ala-ala datin, duduk dekat library sambil bukak painting and lukis-lukisan macam budak-budak tadika?"
pelik. . . itu cool lah pulak.. akan saya buat. sabar.

So, minggu ni sangat lah pack, tugasan dah dapat belambak, Ya Allah, tabahkan hati ku.
1) buat quick writing untuk tajuk Monster Shoes by Alexander McQueen.
2) quick writing for tajuk Alexander McQueen.
3) belajar history of Printmaking, buat essay.
4) belajar pasal Woodcarving.
5) print out jenis-jenis Woodcarving.
6) fikir nak ambik/beli buah apa untuk jadi subject matter for Woodcarving punya kelas.
7) beli/ambik barang untuk subject matter untuk kelas Sculpture.
8) beli barang untuk kelas Painting, Drawing, Woodcarving and Printmaking.
(barang untuk Printmaking banyak gilaaa!!)
9) beli buku-buku untuk Printmaking, Woodcarving, Sculpture, Ctu, Arthistory.
10) buat registeration block for Printmaking.
11) ambik surat doktor untuk tukar koko.
12) printout course registration.
13) ambik surat pengesahan pelajar untuk PT.
14) buat PT.

Ya Allah, tabah kan aku. tabah kan aku.

kat sini, saya nak usha gambar-gambar yang menenangkan fikiran.

sangat terbantut!

Ok, al-kisah dia macam ni,,
ini hari petama/ kali pertama saya menjejakkan kaki saya di Library di ?London ni, (ececeeehh, ok, kat sini saya menipu gila.) Ok, mungkin bukan firsttime jejak kaki, tapi memang serious firsttime online kat library ni setelah dua bulan tak online kat sini. Jadi cam tadi saya macam terlupa yang sistem 'jaringan' kat library ni sangat bengong sikit, saya 'usha' belog saya, pastu saya tengok atas, dia macam dah tak ada key untuk 'dashboard' dengan 'new post'. Jadi saya yang belagak suci ni, dok lah menekan butang 'refresh' banyak kali,, ,,then dah dekat 5minit baru saya tersedar yang saya kat London. silly..
anyway,, HI!!! serious agak lama tak update, kat sini saya nak bercakap lebih, tapi dia dah start cakap macam ni
"Perhatian dan harap makhlum, perpustakaan akan di tutup dalam masa 15minit lagi"
..
..
-____-'
BAPAK SPOIL DOE!!!!!!!
(baru nak ada feeling nak meng'update' belog.. hampehh)

SATU BILIK LAGI BABE !

Jadi dengan ini secara sah nya saya mengesahkan yang di kiri saya ada Cik Sabariyah, dia tengah makan biskut, Illi Dhiya kat kiri jugak, dia tengah pakai baju, bersiap nak keluar dengn kawan dia (lah sngatttt~~), Lala kat sebelah kanan, dia tengah mem'bluetooth' lagu ke handphone dia. Memilih nak buat alarm kate nye,, boleh lahhh~~

yess,, just incase korang macam beberk sekarang, saya dengan penuh jaya nya menyatakan yang,, ,,
BABE!! KITA SATU BILIK LAGI BABE!!!
di sini saya ada rasa begitu sayang lebih kat RS saya, kerana memberi kami se-empat se-bilik-untuk se-sem ini lagi sekali lagi!!!

Sumpah seronok gilaaaa <33

annndd,, saya cam dah mencantik-cantik kan wall saya (tidak, bukan wall facebook tu, bukan bukan) tapi wall kat bilik saya :D
serious, sekarang dah lawa. pergh, Ika, begitu belagak di situ.. Nanti kalau saya 'senang' saya akan meng'upload'kan gambar tersebut :)

Anywayyy,, saya sekrang tengah ok-ok, dan mood pun tengah sedang-sedang ok jugak, jadi kepada kamu-kamu yang teringin nak men'destroy'kan mood saya, saya saran kan,, silah,, ,, pergi maen jauh-jauh. ok :)

Ohh!! esok dah start kelas *yawn. EEEYYYPP! Ika, jangan jangan, no cannot cannot, itu semangat, jangan patah Ika, awak kat semester 3 sekarang~~ serious sikit,, semester 3 sekarang~ Ya Allah, tolong lah hamba mu ini .. .. terimakasih.

Tapi, serious, waktu hari jumaat tu, saya daftar dengan penuh ketakutan, takut kalau tak dapat bilik sama dengan diorang, dan, akhirnya,, SATU BILIK JUGAKKK <33
ika seronok :)

dilemma sehari sebelum register -__-'

Balek London, Zaiton Sameon dan Kasut Bata

korang~ hari ni dah julai kannnn??
dah kann??!!!

wahhhh~ seronok nye saya. hari ni sudah julai ye rakan. jadi untuk bulan ni, saya akan berbelog dengan penuh sukaria, kerana,, kat bahagian kanan saya ni, dah tak semak-semak dah dengan update belog bulanan. wahhh~ ika begitu bahagia.

Jadi bulan ni ye rakan, kita akan memulakan semester baru ye rakan! bagus! syabas kepada anda dan anda semua yang bakal turut menyambungkan pelajaran anda. :D

moooving on,

Seperti yang anda boleh lihat, belog saya begitu lain background dia sekarang. begitu,, kemas semacam ye. Jadi, sebenarnya, kalau dulu saya pernah bagitau yang belog saya ini nampak begitu pale, tapi realiti nya ye rakan,, saya rindu belog saya yang pale itu!! kepada sesiapa yang begitu handal dan pakar dalam bidang blogger ni, saya nak tanya,,
"macam mana nak reset background dia nie?"
serious, di sini, saya menunggu dengan penuh setia bagi mendapatkan feedback dari anda semua.

Begitu lah dia, Ika Zkflee leka menaip belog, padahal tengah demam ni, tengok belog terus segau. itu lah dia. ni kalau mama tau ni, memang habis dahh~ haha..
kantoi saya disitu.
peaacee~~

mooooooving on,,

esok saya pergi mandaftar ye rakan-rakan. Esok pagi ye rakan. serious sikit rakan. You, SA ke LONDON tu jauh ye rakan. ni nampak sangat lah saya akan tidur dengan nyenyak didalam 'flight' nanti.
reminder kat sini ; Ika sila charge handphone kasi full, supaya telinga awak boleh dengar lagu Kesha dengan 3oh!3, pasal memang sah dalam kereta nanti mama akan bukak lagu Zaiton Sameon dengan Sanasiah Hassan. macam tu ke nama diorang? ntah,, Asal ada bunyi.

OH! cakap pasal Zaiton Sameon, korang tau tak cerita pasal Zaiton ni nak keluar? korang tau tak? tak tau, moh I bagitau uoollss~ (ada sedikit persis Cha disitu).


begitu lah persis-persis poster cerita Zaiton ni, ni semua silap scanner I rosak ye rakan, kalau tak boleh i scan je poster dia. pasal tu I lukis tau. so, serious, tolong jangan nak ambik hati dengan lukisan I,, sesungguhnya melukis guna mouse ni sangat susah ye rakan. SANGAT SUSAH! demi Zaiton, aku buat. begitulah saya ni, romantik sebenar orang nya. ,
walauupunn -__-'

Jadi, bila korang dah tengok lukisan I kat atas ni ye, maka, harus lah bagi kamu untuk melihat/menonton cerita tersebut. harus! ok~

Oh,, apa kes kan, I pegi BATA hari tu, and I round dari PKNS, pastu pegi SACC, tapi diorang dah tak jual lagi kasut hebat I. I google gambar dia, tapi tak jumpa, alaaa, dia yang macam converse tapi girly cut tu,, tau kann?? I dah pakai kasut ni dua semester dah. and, ketiadaan kasut ini amatlah terasa gitu! serious.
Saya pergi kat PKNS, dia kata dah habis stock, saya pergi kat SACC, dia kat last piece,, satu macam duduk Africa, satu lagi duduk kat Kutub Utara. haishhh.. Serious sikit. sedih saya. Dia memang dah macam tu tau, saya dah lah memang tak berape gemar nak pakai flats-flat yang, macam, bellerina ni, jadi yang itu, dari bata, murah dan selesa, kenapa kah kau habis stock. Kat sini saya nak bercakap dengan tokey Bata,,
"Sir, sila buat kasut yang hebat tu lagi. dan sila jual dia lagi. pasal saya penggemar nombor 1 kasut tersebut. jadi sila buat kasut tu laggiiiii!!!"

Oh, and lagi satu kasut bata yang saya suka ialah,, yang macam,, allaaaa,, macam converse tu,, (saya begitu malas nak melukis lah, tadi lukis gambar Zaiton Sameon tu mengambil masa yang begitu lame.) haha,, dia macam converse yang begitu murah. I like. Saya suka beli kasut ni jugak. Saya pergi bata jugak, yang ini pon dah tak ada sekarang. ASAL???!! Dia sekarang dah tinggal yang warna putih je sekarang. asall??!! dulu ade colourful youu~ serious. I like. tapi sekarang takda. tolong lah Encik Bata. sila memahami saya yang tidak lah sekaya mana untuk beli kasut kat kedai Converse tu. serious. encik Bata, awak dah tak awesome sekarang.

oh! and semalam kan, buat pertama kali dalam hidup ku, saya beli kasut wedges 2 inci!!! serious!! selama ni high-heels ngan wedges saya semuuuua 3 inci, yang ni je yang 2 inci. Ini semua saya nak blame gunung-ganang short-cut nak ke kelas kat London tu nanti. Takpe takpe, short-cut punya pasal, hati masih mau bergaya,, 2 inci pon boleh le..
Cakap pasal short-cut, just incase korang satu U dengan saya, kot-kot pernah ternampak ada pompuan pakai baju kurung, pegang high-heels kt tangan, bare feet naik gunung-ganang ke Fakulti Seni tu,, aaa,, korang,, sila jangan tegor ye.. haha.. Tolong memahami yang dia nak concentrate kat gunung-ganang tu jap. haha:DDD tapi rasa nya sekarang dah ada wedgy tu,, so, tak yah nak ber'bare feet' lah kite gamak nye ye,, redah je lah ye!! :DDDD

Anyway,,, kepada korang yang nak masuk sem tu, sila-sila lah berpacking, for those yang baru part 1,, good luck ye semua, jangan layan sangat senior yang membawa bencana, tapi sila tegur-tegur senior yang bebaik tu semua. (ececehhh, Ika cakap macam dah part 6 ye, Ika ye!, belagak sungguh awak ni ye Ika ye~) haha,, tapi betul lah rakan, dulu waktu saya part 1 ann, senior saya kate, sila amalkan 3 'S'. Jadi memang benor lah tu, saya memang betul-betul mengamalkan 3S tu. Senyum,Salam, Say thank you~

ok ape 3S tu,, amalkan leh yee :DDD
jumpa di LONDON:)


MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)