Aku Hampa Dengan Engkau

Aku hampa dengan engkau.
Maaf kalau aku hembus segala yang terjerat.
Sesungguhnya yang terjerat ini adalah perkataan yang binasa bagi telinga kau,
tetapi suci makna disebelah satu-persatu perkataan yang akan aku sebut ;
khas buat kau seorang.
Kerana kau dekat dengan aku.
Dan aku hampa dengan engkau.

Aku hampa dengan cara kau berfikir.
Aku hampa dengan tindakan kau.
Aku hampa dengan pepatah kau.

Aku putus dekat sini ; terkilan dengan engkau.
Terkilan kerana kau bohong.
Bohong orang yang dekat dengan engkau.

Hentikan apa yang engkau dah lakukan.
,,
Ingat pesan aku yang aku pernah cakap dahulu,
"Allah beri kita pilihan."

Aku tidak pernah desak kau berhenti secara tiba-tiba.
Memang mustahil itu berlaku.
Tapi aku pasang niat engkau mencuba untuk hentikan nya ;
kini aku sedar, rupanya engkau bagai kan tidak mencuba untuk berhenti.

Aku tidak kata muka aku susah dibaca,
Aku tidak kata muka ku senang dibaca,
Tetapi aku berkonfesi disini ; memang aku cuba untuk menutup keresahan aku.
Kerana aku rasa, itu hidup engkau.

Tapi aku dekat dengan engkau.
Aku sayang engkau.
Aku sayang engkau.
Aku sayang engkau.

Cuba lah untuk berhenti.

Aku sayang engkau.

Aku harap engkau faham hati aku yang dekat dengan engkau. Aku tidak kata benda yang aku cakap ini benar, kerana aku harap tidak. Apa yang aku kata ini, hanya andaian, kerana aku tiba-tiba rasa tidak sedap hati. . . Maaf. . . .

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)