Yeyyness~ Dan sebenarnya, saya baru balik dari Sarawak semalam:) sangat lah seronok, dan dengan ini juga ingin saya menyatakan yang kulit saya yang dahulu nya putih (ye kee, tipu tipu), gebu (dusta!!) dan berseri (lahhh sangat weiii! stop this nonsense.), kini telah bertukar menjadi,,
Yes. I dengan Sean ni sebenarnya dik-beradik.. haha:D not~ but serious, dengan penuh rasa duka cita nya saya, Ika Zkflee, sudah hitam. aiyooo your country very hot! my country very cold you know, got this air-cond also~ but not here. sangat lah panas I swear~ but worth it, hello shopping sana membuat saya hitam dan satisfy dalam masa yang sama. jadi reminder disini :
Ika sila jangan menyesal untuk datang ke Sarawak:)
Annnddd, sangat seronok juga, pertama di Sarawak, mama saya yang begitu anggun memakai jubah hitam ada 'bling'bling' pergi ke dinner, sementara saya dan ayahanda saya yang begitu hensem membuka booth Upin dan Ipin kan depan pintu masuk dinner mama itu..
Jadi berdiri nya kami berempat disitu(termasuk Nek Cu and anak nya Cik Aina) di booth, menunggu customer.. Tak ramai yang datang, takpe takpe. tapi bila sorang datang, saya panic udah~ mane taknye, bila dia datang, cakap hello, ohh, boleh jawab lagi, di buatnye lepas tu dia bantai cakap sarawak, memang 'sempurna' malam ku. haha. dah lah memang tak reti langsung cakap sarawak. haha. takpe, hentamm~~
haha.
Anyway, lepas dari pada insiden tersebut, saya pun memberani kan diri untuk belajar sikit sikit bahasa sarawak. alaaah setakat 'kamek' 'kitak' 'sik' sikit-sikit jee~ boleh lahhh~~~ asal ada bunyi~~
Selain daripada shopping, kitorang ada jugak lah pergi tempat-tempat yang best, ye lah kan, sarawak ni macam tak tercemar lagi, jadi, pokok2 yang sangat lawa memang ada lah kann. (dengan ini saya menyarankan bagi semua kawan-kawan saya yang ambik photography tu, SILA DATANG KE SARAWAK, PASAL MEMANG BEST TEMPAT DIA.! sumpah, I've never seen pokok yang begitu banyak, tapi kat sini memang ada:) ika in love:))
Jadi masuk lah kita ke kereta, air-cond air-cond!! (insiden sila pakai traffic light!) haha. and yeap! oleh kerana sarawak ni begitu panas, jadi ice cream itu adalah satu keperluan ye people. and i bersumpah disini, kepada mereka yang pernah pergi ke sarawak, korang mesti tau Sugar Bun kan?? ok, for those yang tak tau, Sugar Bun ni macam McDonald for Sarawak and yeap, dia murah and yeap,, ICE CREAM DIA BAPAK BESAR GILAAA!!!! seringgit je pulak tu!! cone dia ofcourse lah sama macam cone ice-cream McD, tapi ice-cream dia sendiri besar penumbuk Ika! (eyp, kecik tu,, jap silap,,) haa, besar penumbuk Haziq Othman!! besar kot!! tangan jantan tu~~ serious~
And, kat situ jugak, Nek Cu saya tu, dia, sangat lah rajin orang nya, srious! ada bilik facial kot kat rumah dia. siap penuh segala kelengkapan ok! semua, GOLDEN HORSE! wah gitu. jadi, saya sempat lah menuntut beberapa ilmu perfacialan bersama Sifu Haslina~ wah, nama begitu megah. takpe, moving on. Jadi kat bilik dia tu, ada dua kerusi. satu mama duduk, satu lagi ayah duduk . umph selamat! Nek Cu facial kan muka mama, Ika facial muka ayah. dan dan, dua-dua pakai mask. sorang mask putih, sorang mask biru. COMEL!! boleh lah sekarang ni nak buat facial sikit sikit. and yeap, terasa macam nak buat bisnes bila masuk campus nanti. buat itu duit poket. hehee yeah! nantikan ye rakan-rakan~~
Anyway, seronok lah kat situ. sangat best. and buat pertama kali nya juga. sarawak telah dipilih sebagai tanah yang sengsara mendengar senandung nyanyian ku di karaoke hari tu. serious, kalau pegi karaoke tempat laen, memang takpernah2 aku nyanyi, ntah tak pasal-pasal kat sarawak jugak lah aku nyanyi. haha:DD sorry yeap!
Ok, and hari waktu malam nak balik tu, memang ramai bangun lambat, mungkin pasal penat berkaraoke semalam. tapi takpe. memang fun. jadi pagi tu saya kemas2 lah dapur ad buat air. tengah-tengah buat air tu, tetibe gedik pulak nak letak ais, jadi bukak lah peti ais tu, amek kau!! terkejut!! dibuatnye udang bosa bona kat freezer! tekejut!!! kaki panjang-panjang. sangat abnormal udang-udang sarawak ni! skali pandang dah macam kucing haha sumpah.
Jadi kat sini, saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Nek Cu yang menjadi tour guide berwibawa yang mengguide kami sekeluarga waktu kat Sarawak, di samping menghiburkan kami dengan lawak-lawak seperti 'IJAAA PAKAI TRAFFIC LIGHHTTT!!' haha, serious lawak sangat~ sampai sekarang tak boleh stop dah.. haha.. ok. and terima kaih buat Tok Ucu yang secara sukarela meng'iya'kan bagi kami untuk bermalam dirumah beliau. terima kasih juga bagi Cik Aina, Ain dan Cik A ai, (macam tu ke eja nya ntah lah, asal ada bunyi. haha) ,esspecially kepada Ain pasal bagi Ika baca komik-komik tu dan menyelamatkan Ika daripada mati kebosanan.
TERIMA KASIH DARI PADA KAMI SEKELUARGA:)
(gambar-gambar akan di upload kan bersama-sama gambar concert setelah saya jumpa dimanakan letaknya USB untuk camera digital ni. haish!)
No comments:
Post a Comment