Pagi yang Indah :)


Saya bangun pagi tadi. Alarm pukul 6, bangun, solat sebentar. . . Ok dah sambung tido balek.

7am :
Alarm bunyi lagi. aiseh! tadi tertekan 'snooze' ke. haiyah~ padam alarm, padam.

7.15 :
"Ika bangun! dah subuh belum?!"
"Dah Maa,,.." (sambung tidur balek)

7.20 :
aiseh, terbangun pulak doh~
oh ye, breakfast Mama tak buat lagi dong. Bangun bangun.. ..
Takpe, kite chill dulu, pasang alarm.

7.30 :
"For Everyone" berbunyik udoh! uish! padam. bangun. gosok gigi.
.. .. ..
huaa~ muka begitu fresh setelah menggunakan Olay Total Effect creme foam. hmm:)
(senyum sebentar.)...
tengok phone, wah! ada message ah!
"Morning:) bangun la Ika, buat breakfast utk parents
you. Bangun!! hehe ily"
oh, terima kaseh. ini yang bersemangat nak buat breakfast utk Mama neh.

turun

Oih bersepah dapur ha~ hmm, takpe, Ika datang, semua clear!:)) kening-kening
.. .. .. .. .. .. ika is karate'ing' di dapur .. .. .. .. .. ..

ching ching ching!

Wahh! begitu hebat kuasa Mr'Clean! huhh! , ok, masa untuk Milo mayah.

4sudu kecik milo, satu sudu kecik gula. = Mama punya.
4 sudu kecik milo, satu sudu kecik madu. = Ayah punya.

bawak naik. sedap? :D

ok, kucing time. yeahhh!! heyyy kucing-kucing yang ku sayangi. korang memang busok bebeno hari ini, jadi,, akan ku bersihkan kandang korang!! haiiiiyahh!!
(ika beraksi sambil memegang getah paip kat sebelah tangan kanan, spray sabun kat tangan kiri, rambut dah ikat tinggi macam orang beranak 19, seluar sukan dah lipat tahan betis macam nak masuk sawah, baju,, ,, masih baju tidur warna pink ada bunga-bunga. hehee)

moving on!

ku berus-berus lantai luar tu. Ini semua angkara kau Dory. Kau sekor je yang terlepas ha, abeh lantai ni kotor ha. Ko baru balik dari sunway lagoon ke ha sampai basah-basah lantai ne ha. Naseb baik ko comel..
meow~
ehhh,, menjawab. Tak mau bagi makan kan, baru tau.
meow~~
hmm,, ok, Ika maafkan. .

dah abeh bersihkan sangkar kucing, hmm, bagi makan. Oleh kerana korang-korang-dan-korang ni semua maleh nak minum air. Ni, aku letak air sikit kat dalam dulang makan korang. haa~ makan-makan.
tambah IAMS tu, tambah..

.

Begitu penat!. ok. basuh basuh tangan time. yea, menggunakan sabun dettol, ko sabun sehingga ke tahap atas siku (amek kau). haa~ begitu ianya membunuh 99.99% kuman. ni kalau aku sakit lagi lepas ni, aku saman dettol.

moving on.

Angkat baju, masuk washing mashine, and sidai. ALAMAK! abang bujang sebelah rumah nak keluar! take cover take cover!! masuk rumah balek!!

5minit kemudian.

Habeh rumah aku bau asap motor. Ni semua abang bujang punye pasal. Abang, saya nasihatkan abang bawak-bawak lah motor tu pegi serbis bang. Pening otak saya ni. ni birus besor ni abang, sila-sila lah rajin antar pegi serbis bang.

moving on. huaahh! ponat!

breakfast time, untuk diriku yang kelaparan. hari ni punya menu. cheese meletup. resepi nya :

- mince chicken.
- garlic bread.
- onions.
- mayo
- cheese cheese and cheese...

wahh! sounds begitu sedap. yes
(gambar akan di upload selepas saya jumpa saya punya USB cable haa)

burp! sumpah kenyang udah. jadi. apa perlu kita buat sekarang?
KITA SAMBUNG TIDUR!!

(ika sedang melipat baju dengan berposingkan anak dara di kampung yang memakai baju kurung duduk bersimpuh dengan penuh tatatertib nya. haha. memang tak lah aku nak sambung tidur.)


No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)