kisah mama saya:(

kisah nya begini.
pada suatu hari, zzz zzz zzz.
ok, serious.

Mama jemput Ika kat melaka, bersama-sama Tokne. Jadi waktu tu petang macam nak masuk maghrib, then mama ngan tokne ambil keputusan untuk solat di surau dekat Kelemak. (kira bersekatan dengan U ika lah.) Jadi kat situ, Ika duduk kat dalam kereta bersama-sama kamilah dan kasyfil, sementara atok dan mama pergi solat. 10minit kemudian, atokne masuk kereta. bila Ika tanya, atok kata mungkin mama tengah kemas sejadah. jadi ok aje lah. 5minit kemudian, tiba-tiba Ika nampak mama datang balik ke kereta, tapi dia jalan terhuyang-hayung. Ika panic. Ika pergi dekat dia, tengok-tengok bibir dia dah berdarah, and dia pegang-pegang tangan kiri dia. Ika suruh dia duduk kejap. Bila tengok, kaki kanan dia dah bengkak besar. serious. and bibir dia darah, pasal dia jatuh tersembam. Waktu tu memang dah panic gila. Ika tersangat risau pasal Ika kan tak boleh drive. Jadi mama korban kan rasa sakit dia dengan drive dari Melaka tu sampai Putrajaya. risau. Sepanjang perjalanan mama tak banyak cakap. nampak sangat kat muka dia yang dia betul-betul sakit. tangan kiri dia takboleh bergerak langsung. jadi dia drive guna tangan kanan sahaja. tukar gear, ika yang buatkan. Lepas je hantar atokne balik putrajaya, mama pun bagitahu rahsia. dia kata sebenarnya tangan dia sakit gila, tapi dia taknak atokne panik. jadi, sepanjang perjalanan dari putrajaya ke SMC tu dia asyik mengucap tak sudah pasal dia kat sakit sangat:( sampai kat SMC, check2, xray semua, rupa2nya takde ape2. tapi mama kena pakai yang sarung tangan tu. pagi ni, dia pergi lagi SMC. dia kata dia sakit sangat. tak boleh tidur lena and rutin harian dia terbatas sangat. kesian dia.

sama-sama kita doakan mama saya:(

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)