telephone

eyluu~ dan saya selamat lah sampai ke SA:) sangat lah sedih saya bile balik class je, tengok bilik saye sudah ibarat padang pasir yang kekosongan. :'( kawan-kawan saya semuanya balik awal pagi tadi pasal mereka-mereka tak ada kelas (amoii) jadi saya seorang sahaja lah budak fine art di bilik itu yang terkedek-kedek bangun pagi untuk ke kelas.

tapi takpe, kehadiran Mumu telah menceriakan hidup ku yang malap. (wah gitu!) haha :DD ye lah kann~ orang hati dah bunga-bunga (bak kata dia:D)

jadi dalam pukul 7 camtu ayahanda saya datang straight dari SA ke London menjemput saya pulang. (begitu bunga-bunga ayat ku, ika, salah course!)

kat dalam kete ada buka itu radio dan ada itu dengar pasal itu launch video Telephone by Lady G. Beliau begitu hebat dan saya one of her biggest fan. Tidak ketinggalan saya balik-balik terus duduk depan laptop mama dan buka myspace yang sudah berkurun lamanya saya tak on semata-mata untuk tengok video kat situ pasal kalau video kat myspace cepat gyle download selain youtube yang bapak lembab seperti kura-kura berenang kat Tasek di London yang menghala ke Temenggung tapi datang dari part yang koperasi tu (tak faham tak pe.)

Hmm, video dia kali ini bapak lama, selama 9 minit lebih, jadi saya tunggu dengan penuh setia.

Video dia kali ini agak hebat, tapi banyak sangat lah nudity nya, naik menyampah pulak lah saya melihatnya. tapi bila fikir-fikir balik, nama nya pun Lady G, jadi kalau takde bende-bende macam tu, tu namenya Lady G sudah insaf. So far, dalam video ni, Lady G tak insaf lagi.

Video dia ok lah kot, tapi tak sehebat Bad Romance. YEAP!


No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)