taksabartunggu APRIL

Walaupun assigmnt saya begitu banyak dan begitu banyak benda yang perlu saya lakukan, akan tetapi, jiwa ku ini tidak dapat bertahan lagi bagi menunggu bulan APRIL!

kenapa?
(bagus! soalan yang begitu bernas dari anda, anda dan juga anda.)

Kerana di bulan April inilah saya dapat mengupdate belog saya dengan begitu rakus dengan banyak banyak dan banyak lagi lagi gambar yang saya akan upload kedalamnya. oh yeah!
(dan sebenarnya tumbdrive saya sudah begitu sesak dengan gambar-gambar lucu dan belog-belog yang saya sudah save. tidak percayaa, sila tanya roomates saya.)

Dan! bukan itu saja ya rakan-rakan, pada bulan April juga saya serta rakan-rakan se"belok" saya, yeah, se"belok" saya, iaitu perempuan-perempuan yang sopan santun, lemah gemalai, tinggi lampai, leher jinjang, kulit sawo matang, peha bak _______ padi, pinggang ramping bak semut merah dari Tun Senaja (taratakot!) akan mengadakan malam dinner bersama jejaka-jejaka tampan, hebat, meletup, kacak, gantang, bergaya, bermaya dari,, (drum roll pleaseee,,) ,, ,, KOLEJ LEKIU~~ wooo~~~
yea, jadi dinner tersebut bakal berlangsung pada 3hb April, pada malam hari.

Dan, ibunda saya bakal datang ke London bagi membuat lawatan sambil menge'check' bilik anak dara beliau di sini. (Mama, you dont worry-worry, my bilik is very the clean one, you dont worry-worry. No Heart Attack for sure nya, paling-paling pun pengsan. ehh no no, bukan pasal tak lawa, tapi, pasal, terlampau lah gorgeous tidak tehingga/kata.) haha:DD Mama dan Ayah saya akan datang ke London untuk menziarah saya. (saya begitu suka!) baru tadi call, Mama, sila tolong dengan penuh rasa bersimpati dan harapan tinggi setinggi Gunung Kinabalu Ika nyatakan,, tolong bawakan high-heels Ika ekk? yang velvet itam baru beli tu .. heee :)) thank you Mama~:) <33>

Akan tetapi, pada bulan ini, mungkin juga saya akan berpuasa, bukan sekadar mahu membayar hutang-piutang yang telah dihutangkan dengan yang Maha Agung, namun, memang saya punya itu poket pun sudah itu kosong mah~ Jadi, kepada kamu, yea kamu, bukan kamu, tapi kamu dibelakang sana itu, saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga ke hujung kuku kaki jikalau saya tidak me'reply' msg-msg yang telah kamu, kamu dan juga kamu berikan kerana sesungguhnya memanglah benar kata-kata saya tadi. betul sumpah!

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)