Overall & SKETCH

dengan melepak di atas katil pada pagi buta sabtu bersama broadband adalah suatu yang indah jika anda mempunyai idea untuk bercakap tentang apa. right?

Ok, here's the deal, sekali lagi, saya buntu nak tulis apa. cis lagi.
terima kasih tidak terhingga kepada Sabariyah Yusoff yang begitu baik meminjamkan broadband beliau kepada saya. thanks Sabby.

Akan tetapi, bak kata beliau, broadband beliau agak sejuk-sejuk demam. Apakah sejuk-sejuk demam? itu ialah kata lain kepada gedik yang tidak bertempat. bagaimanakah itu? yes. Broadband beliau akan secara mendadak laju, tetapi tak sampai dua saat, dia akan tiba-tiba disconnect tanpa bagi salam, then bila tekan nextpage, kemungkinan besar untuk entri yang telah ditaip dengan rapi ini untuk hilang dengan penuh meriahnya adalah begitu drastik lagi peningkatan nya. Jadi ika, taip fast.

So, tiga minggu di London. Panas seperti biasa. Berat badan ku terasa menaik. Terimaksih kepada housemates ku yang begitu rajin memasak lunch serta dinner yang sedap dan awesome seperti makaroni goreng, fettucini carbonara, nasi goreng paprik, serta sambal sardin dan pelbagai lauk lain. Aku sayang korang.

First week masuk U, kad aku terus dah takboleh guna untuk pinjam buku, pasal on the first week lah saya pegi melantak pinjam terus 10 buku (had maximum) dari library semata-mata kerana takut buku taksempat untuk di pinjam.

Tiga minggu masuk u, dah ada trip. Selasa lepas Fine art ada buat trip yang begitu jaya nya ke National Islamic Museum, Galeri Petronas dan Balai Seni. Sangat best. Akan update tentang trip itu nanti.

Aa, what else. Oh yeah, my friend Adli Nazrin will be performing at KLPAC this sunday. Dia akan perform tengahari. Jangan tinggal. Dia awesome. Like, memang awesome, sila lah datang ke KLPAC dan tengok dia perform. Ganti kan tempat saya yang tengah menaip pada pukul 3pagi ini kerana buzy dengan kerja-kerja / tugasan yang diberi.

And a, Gong Xi Fa Chai akan berlangsung pada 3 haribulan. Saya suka tarian singa. serious. Dengan ada nya Tahun Baru Cina, memang sah kita rakyat Malaysia akan cuti. so, cuti berlangsung selama seminggu. InsyaAllah saya update sebelum cuti nanti.

Lepas cuti tahun baru cina tu, pada 8haribulan nanti akan ada trip lagi oleh Fakulti Seni Halus. Ke, balai Seni. tidak sabar. serious.

then, dua minggu lepas itu ada EXHIBITIONNNN!!!! haha, saya sangat excited tentang exhibition. insyaAllah, batch kami akan buat exhibition setiap sem, kerana memang dah dari part2 kami buat exhibition. InsyaAllah, kalau jadi buat sampai part6, makna nya kami adalah batch pertama yang buat exhibition setiap sem. yeyyyy~~ so yea.. Exhibition yang bertajuk Still Life akan berlangsung selama lima hari dari 22 haribulan Februari hingga 26 Februari. And sekarang saya dah cakap, sila lah, jemput lah datang. Akan update tentang exhibition itu nanti.

So itu je lah plan untuk bulan ini dan bulan depan buat masa ni. will update soon.
btw, saja gedik nak upload. Ini adalah sebahagian daripada apa yang terkandung didalam sketchbook saya.

Oh! bercakap tentang sebahagian dari sketch book, kenapa? kerana by the end of this sem, lecturer saya akan ambil buku sketch ini jadi isi kandungnya akan diberi sekali lah kan of course, so,, yea,, I know, that I will miss my drawings, so,, saya upload dekat sini.
(kerana kalau save dekat laptop atau pendrive, memang sah akan terdelete.)

SEKIAN :D


















akan upload juga yang lain-lain. anda cuma perlu bersabar sahaja sekarang.

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)