Penangan Perkataan Sambal

Conversation di pagi ahad yang singkat. . .
jam menunjukkan tepat, 10.45 pagi.
posisi ; Ika sedang baring tertiarap di katil Sabariyah membuat kerja Adobe Illust yang perlu dihantar pagi isnin.
ekspresi wajah ; tidak tenang, memikirkan assgmnt.
fizikal ; selekeh. berbaju tidur, berambut anak beranak 12 terus.
(kring-kring) talifon berbunyi.
Ok, tipu disitu, sejak bila ringtone saya bunyi kring-kring..
baik lah,,
(lagu 3Oh!3 ; Touchin' On My berbunyi)
*Ika mengangkat talifon*
Mama : Assalamualaikum anak mama~
(mama bersuara ceria di pagi ahad.)
Ika : Waalaikumsalam ma,,
(suara merintih impian. pilu sedih dan poyo nak bermanja.)
Mama : Anak mama sihat? Hari ni mama datang..
Ika : Mmmm~
(suara masih penuh menadah impian.)
Mama : Hari ni kita lunch sama-sama ok..
Ika : *monolog* Alamak,, aku puasa hari ni,,
(ready untuk buka mulut dan memberitahu kebenaran,,)
Mama : Mama masak best-best untuk Q, Mama bawak Sambal tumis sardin. Kita makan sama nanti ok..
Ika : *terdiam kejap* SEDAP NYEEEE~~~
Mama : Nanti Mama datang ok..
Ika : (cuba mengawal suara eksited) Ok..
*talifon di letak*
..
..
CANCEL PUASA,, CANCELLL!!!!
:DDD

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)