sesungguhnya!

tersangat lah happy! pasal assgmnt drawing semua sudah selamat dihantar oleh saya kepada lecturer saya yang saya hormati, Puan Azni yang sedang pregnant 5bulan, yeah! perut beliau sudah itu sama saiz dengan itu buah tembikai! wah gitu! anak lelaki mungkin.
akan tetapi, tidak perlu risau-risau kerana kecantikan beliau masih tidak boleh ditangani oleh mana-mana anak dara yang lain. wahhh~
jadi, kami satu group memang patutlah bagi kami untuk berdoa agar mood beliau berada dalam keadaan yang baik-baik ketika menyemak drawing-drawing kami yang tidak seberapa rupa macam budak fine arts punya lukisan. (terutama sekali saya, si budak fashion sesat fine art.)
namun begitu, walaupun drawing saya sudah selamat dihantar, akan tetapi, watercolour saya belum hantar lagi. Lecturer watercolour saya, iaitu Encik Shah telah menyuruh saya melukis lebih banyak lagi rama-rama sebagai 'pelindung kecemasan' bagi assigmnt watercolour saya yang lain-lain yang agak hodoh rupanya.
Kami yang sepatutnya mengadakan exhibition pada 19th of April akan datang telah me'nunda'kan exhibition kami sehingga sem hadapan kerana ramai gila budak-budak kelas saya(termasuk diri saya sendiri) tidak menyiapkan watercolour say. hehe.
jadi dengan ini, sekian sahaja dari saya, Ika Zkflee, menyampaikan berita untuk, TV IKAN.
wasalam.

No comments:

Post a Comment

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)