Gambaar polaroid dengan Upin Ipin





hello ;D
Jadi pada hari Jumaat lepas sehingga lah ke hari Selasa lepas ( 24th till 28th of December) telah berlangsung nya karnival Upin Ipin.. yeyyyyyy
Walaupun yang sebenarnya saya duduk situ bekerja, tapi saja lah ambil kesempatan nak bergambar dengan Upin Ipin guna kamera polaroid kan..
*macam lah kau takpernah nak ambik gambar dengan Upin Ipin selama ni kannn* haha
Tapi saja menggedik nak ambil.
Yang benarnya kalau ambil gambar guna polaroid ni ada dikenakan bayaran sedikit, tapi lepas tu dapat free calender 2011. :DD
Dannn, yang benarnya jugak, bukan lah saya yang membayar untuk ambil gambar tu, yang benarnya, yang membayar tu ialah budak kecik dekat sebelah saya tu, iaitu sepupu saya, Kamilah aka Kamil. Dah lah waktu tengah kerja tu tiba-tiba Kamil datang dekat saya, dok tanya macam mana nak ambil gambar dengan polaroid tu, pastu tiba-tiba dia datang terloncat-loncat sambil pegang kupon 'bergambar dengan Upin Ipin'. pulak dahhhh..
Bila saya tanya dia ," Ni Kamil nak tangkap gambar dengan siapa je ni?"
Dia pun jawab dengan comel nya ,"Kamil tangkap sorang-soranglah.."

Aih,, saya kalau bab-bab menyebok ni memang agak nombor satu lah kan. sorry lah kan,, so, saya pun menyebok lah. tadaaaa ;DDD

*thanks Kamil pasal "belanja" kak ika. tahaaa;D*

Sebelum aku kenal kau.

saya nak AIR saya balik.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa purple tu cuma colour yang biasa je. Tak lawa mane pon yang benar nya.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa lelaki metrosexual ni macam gay yang teramat and menggelikan.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa lelaki yang muka garang gila, memang garang la sebenarnya.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa memang tak la aku nak dapat lelaki badan ada sikit macam Jacob kat Malaysia ni kan.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa semua lelaki memang tak lah tengok drama kat tv3 ke, atau pun cerita romantik-romantik macam LBS ke kan.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa coki-coki tu coklat biasa yang menggemukkan.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa Cafe Jebat tu tempat makan biasa kat UiTM.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa semua orang tau la kan harga standard air jual kat pasar RM1.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa hadiah kalau nak bagi kat lelaki senang gila pasal diorang bukan nya reti pun taste fashion ni.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa lelaki memang takpernah kesah lah pasal hygiene dengan cara nak jaga muka.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa impossible gila aku nak cari lelaki yang sayang gila kat mak dia.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa account tu subjek yang senang je, stok tutup mata dah dapat DL dah.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa lelaki semua poyo tak mesra dengan mak dia depan orang ramai.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa aku takpernah reti lagi la nak makan Nasi Kontrak.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa lelaki yang merokok tu bapak loser gila.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa aku memang takkan makan lah kat E-Point.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa susah lah nak cari lelaki yang reti nak pakai apa dengan kena gaya nya.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa aku takkan beli Bio-Oil pasal aku takut dia atk berkesan.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa lelaki semua kaki gabak-gabak.
Sebelum aku kenal kau,
aku rasa, , aku tak lawa gila. . . .
Ada banyak benda yang aku tak tahu sebelum aku kenal kau. Walaupun benda tu kecik, tapi aku suka benda tu semua. Aku paling suka gila bila kau paling lah manja dengan mak kau (tolong lah jangan deny,, tolong lah). Benda tu comel sebenarnya. Tapi yang paling aku suka bila kau masih jadi 'air' aku lagi. Tapi bukan sekarang. Sekarang kau dah delete aku, nanti tunggu time je, ntah-ntah kau block aku. :'( Tapi tak apa, kita tunggu je lah masa dia nanti.
*obvious sangat ke
yang aku tengah
patah hati sekarang?
obvious sangat
keeee?*

fashion december ini.

Hello rakans:)
Sangat lama since saya update pasal fashion. Well, saya takda lah pakar,not even close pun actually, but then saya suka fashion sooo much(no lie, you can have me on the 'radar-yada-yada check' if you want).

So, selama 2010 ni saya suka menghabiskan masa dengan pakai skinny jeans dengan my open toe wedges (saya still tak beli lagi chunky heels ;( sobsob) and blazer (insiden blazer I koyak) dan juga cheetah print, yang sangat banyak (sangat, banyak. serious)

So, selamat tinggal 2010, hello 2011.

Saya wave good bye skinny and hello maxi and skirts. :) Bukan lah saya tak pernah pakai maxi and skirts before but, this december, saya pakai maxi and long skirts agak, banyak lah jugak. Sampai satu tahap tu I terpaksa pakai kain baju kurung I (dah nama nya lah aku takpernah-pernah suka skirts, tetiba suka pulak kann.. bedal je)

So, dalam banyak-banyak colour, I've been dying to buy skirt colour grey macam ni,,


lawa kan :) yea, I ada colour brown and dirty green. I LOVVVEE texture dia yang sangat lah lembut and sangat lah awesome gila. (notice cara skirts ni 'flow' bila kita berjalan. best gila.) but then oleh kerana dia macam nipis so,,, pakai kain dalam lah kan,, eyyypp eypppp malu-malu. Pakai tudung tapi tak pakai kain dalam, ape niii?? pelik ye rakan. Kepada sesiapa yang suka pakai kain macam ni juga, sila lah sedar diri dan pakai kain dalam, sesungguhnya kain ni jarang ye..


Andd,, Saya suka jacket yang macam ni sekarang. Puff-shouldered jacket sangat awesome, tak kira lah corak apa, still awesome. I ada jacket yang macam ni juga. Sebijik actually, tapi yang ni from Topshop, I punya from,, Downshop. tehee,, Takde lah, I beli dekat street shop for RM25 di Curve. Sila lah bershopping dekat situ.



And also I pakai over-sized blazer teramatlah selalu. Dalam kes ni I takda lah nak beli-beli oversized blazer, I ambik dari kampung je, nenek I punya. haha, vintage u'ollss~~ haha (sampai sekarang aku tak upload-upload lagi gambar blazer yang I amek dari nenek I, sorryy Cha ;) nanti aku upload.)



Dengan long skirt, over-sized blazer, saya pakai kat dalam vintage graphic T. Dalam kes saya, saya beli baju lelaki, hehe orrr,, Tshirt ayah jadi mangsa.. huaahahahaha. Sorry ayahhh~



Hmm,, memang aku tak ada lah kan kasut ni. Tapi sebenarnya mencari. Biasanya I pakau sama ada dengan my red boots atau pun dengan wedges, but kalau ada highcut oxford ni pun macam awesome juga sebenarnya.



atau pun boot ni. Best gila boot ni. Tapi kata nya lah aku pergi shopping dengan mama, memang dia tak bagi lah kan beli boot macam ni. Cehh.. takpa, dia ada tolong beli satu kasut yang awesome juga semalam. THANK YOU MAMA :)


*semalam saya nampak kasut ni dekat Streetmarket dekat Curve, tapi takda size. cisss.. sedih je. Harga dia dah awesome dah RM56. ciss lagi sekali lagi.



And of course, sebagai seorang wanita yang bertudung, saya complete kan my look dengan, Pashmina yang stok boleh jadi dinner table punya cover. bagusss

TRANSLATE ! tehee

*click untuk gambar besar*

Hello rakan, I'm so sorry for the update yang lambat dan sikit, kurang sihat di sini. hehe ;)

Jadi nya, skip minta-maaf session. ok. skip skip skip.

Saya nak tanya korang. pernah tak korang try guna translate yang dekat google search tu? pernah? Well, lastnight adalah pertama kali saya guna translate tu, so yea, bunyi macam weird, but a, I do enjoy benda-benda translate ni tho. dia jadi macam,, agak funny., pelik, tapi funny. haha.

*click untuk gambar besar*

So yea, I still sakit now and I kena makan ubat ni, I got four types of mdcns yang I ambik sekarang, and two of them ada effect untuk buat jadi mengantuk, boleh korang imagine tak, satu ubat mengantuk je dah memang sasau habis, try ambik dua. pergh! (answer kepada kenapa I online tapi tak balas korang punya IM/PM, so sorry guys, I memang sah lah dah lentok dekat my laptop. Besar possibility nya kat situ. hehe)

So, apa jadi lastnight ialah, i had my dinner pukul ,, 11 something, I know, lambat but then, after dinner tu I kena makan ubat so, yea, doktor kata jangan makan ubat kalau takmakan heavy, so, I kena lah tunggu sampai pukul 11 ke 10 baru boleh makan, (hey, I taknak lah tidur pukul 8 kann,, sangat takde life kat situu) so yea,, I makan lah ubat I tu lepas dinner I tu, and fikir, dah alang-alang sambil nak tunggu effect ubat tu, marilah kita mengusya belog.

(yes, I usya belog I, serious, I tak masuk pun belog I, bapak ah, ni stalker ape ni, stalk belog sendiri. boleh pulak kan Ika.. Oh well, bila anda demam, anda akan buat benda yang anda rasa tidak berfaedah. macam, itu lah dia ye.)

So, (banyak pulak 'So' aku kali ni) , saya takde kerja, try la tekan yang translate tu. tekan, masuk kat belog, PERGH!! ni ayat ape doeee~~ I gelak kot, tak tau la pasal I tengah high ubat ke ape ke kan, tapi, memang agak funny lah ayat dia. Tambah lagi waktu I baca tu, I macam try baca macam MANGLISH, so, lagi la terasa sangat Phua Chu Kang kat situ. haha;DD

gelak punya gelak, sampai satu tahap tu, kepala I terhentak kat papan kekunci laptop ni (itu dia, ubat telah menunjukkan effect nya. serious kepala I terhentak. tolong jangan imagine macam mana. Tapi dia memang terhentak.) .. .. JANGAN LAH IMAGINEEE!! hish, malu kite. . .

So yea, tak sempat lah nak belog pasal 'translate' tu semalam, so, belog lah hari ni..

OHH!! I pun ada try translate belog Hanis Zalikha jugak. Tapi susun atur ayat dia, boleh tahan a lagi dari susun atur ayat I dekat belog. (boooo,, boring boringg - hehe - takde-takde, gurau-gurauuu *ika tengah cuak nanti kena marah) . Maybe pasal susun atur ayat kak Hanis tu cam awesome kot, lagi pun dia kan memang guna fully malay, and perkataan dia kan macam sangat,, ada persis A.Samad Said punya student yang berjaya lagi berwiwawa, berbibawa,, ,, BERWIBAWA!! haa,, berwibawa gituuu,, alah u'ollls ni~~ malu mak! (teheee--)

Anyway, kat sini I ada try translate kan satu entri I, tajuk dia sebenarnya PENCARUTAN PERCUMA. Ni satu-satu nya belog I yang agak emosi-feeling-going-down-the-drain-and-die-also-sebelah-the-gagak-hitam-maca-poem-form2.. haaa,, see,, I ingat lagi k poem form 2 I~~~ (realiti nya I baru lepas baca pagi tadi. tehee)

Apa pun, cuba lah tengok entri I yang telah di translate kan oleh google sepenuh nya ini. Dan sebelum tu, try baca ala-ala Phua Chu Kang gitu ye u'olllsss~~ :P

*click untuk gambar besar*

See, entri ni patut nya pasal I melepaskan geram kat seorang mamat pasal dia menduakan/menghancurkan hati kawan I, (kawan I tu pompuan lah kann), tapi bila baca yang telah ditranslate ni, I terasa macam entri ni pasal seorang kawan yang marah kawan lelaki gay dia pasal tinggalkan kawan gay dia yang baru firsttime jadi gay pasal dah banyak kali kene tipu ngan perempuan. . WEIRDDD~~~

1011 Chocolate Basket :D

basket full of chocolates? chocolates dalam basket?

I dont know..

I totally forgot to upload these photos kat belog. Ini birthday present from my Acu, dan family. Dia bagi basket full of chocolates.. I know rightttt,, I memang seminggu lepas tu memang asyik makan chocolate je, serious. Dalam dia ada Kinder Buenos, Kitkat, M&Ms, banyak-banyak lagi, oh yea, Ferreros and Mars. I likee,, oh,, Cloud Nine are awesome.

Thanks for the chocolates :)

But what I reaaaly like is, this carddd~ :D ada gambar I~~
heee




tengok,, i,, heeeee


and ini apa yang ada dekat dalam card tu..

Awwww,, diorang adalah yang paling comel di dalam duniaaa :') and, I suka cards~ thanks sangat-sangat.. Seriously, kalau you takbeli hadiah ke apa ke, I dont really care but bila orang bagi card,, I macam melt sikit,, esspecially kalau card tu buatan sendiri.. I appreciate cards. and proud to say, card ni dengan penuh selamat nya berada didalam diary 2010 saya:D hehee :)

Dilemma Ika Zkflee



Kemalasan melanda. Haruskah aku call Dominos pizza untuk buat deliveryyyyy?

HARUSKAH AKUUUUUU????

-dilemma jap-

Lady Gaga Wax Figure (video)

THIS, IS JUST, PLAIN, AWESOME!

Mama Monster Wax Figure (photos)

Ola!
(apahal ika?)

Anyway, sangat serious lama (ke? lama ke?) tak berbelog. (ye Ika, awak tengah belog ke sekarang? Awak upload gambar aje kan -___-')
Yea, jadi nya, belog saya tidak bergerak pasal tak ada idea nak tulis apa.. serious.. .. Ok, serious tipu. Saya malas. DONT BLAME MEEEE, its in my DNA. (ok, tipu jugak. mak bapak saya tidak malas, no no, mereka workaholic).. WHY AM I DIFFERENTTTTTT???? huh.. too bad. terlampau banyak sangat perbezaan antara saya dan parents saya. Mak power English, anak,, boleh la, sikit-sikit. Bapak genius mathematic dengan Science.. and Physics,, anak dapat E Addmath, always, forever hate math, (serious, sifir,, I HATE YOU. .. Tapi saya boleh draw,, heeeeeeeee :D )

anyway,, mana kita tadi, oh yea, saya dah lama tak blog. pasal saya malas. Jadi hari ni,, saya, , akan berblog. serious. OK!

Selama ni, kira dalam dua tiga,maybe four,, or five,, days, yang lepas, saya dok la buka blogger.com, and hoping really hoping that ada idea akan datang dekat dalam kepala ni untuk buat blog. Serious. If this is a Vlog, Id show you how I duduk depan laptop and actually talking to it.. sampai panggil "sayang" semua. serious (I tak tau apasal but I rasa kalau kita cakap dengan sesuatu tu, nanti dia akan ikut cakap kita;

Situasi pertama : ika sedang menyiram pokok bunga.
Ika: Ok pokok,, I bagi you air,, supaya awak tumbuh beeesar sangat and hijauu and lawaaa hehehehehehe

*abang bujang duduk sebelah rumah dah pandang semacam time ni.

Situasi kedua; Ika tengah membelai kucing nya.
Ika: Ok Abu,, aku bagi kau keluar, tapi jangan lama-lama tau,, nanti pukul 6 balik tauu,, nanti mama balik, Abu takda,, mati aku. tau. balik tau, pukul 6, tau~

*abang bujang sebelah rumah buat muka kesian. he'd probably thinks "This girl is just ,, lonely. She need a Friend."

Well you bet I AM!. this is what happen when you lama sangat duduk rumah sorang-sorang. seriously. You have pillow talk with your pillow. serious.

..

OK~~ jauh. Anyway, skip to apa yang I nak belog, ni ada gambar WAX FIGURE of MAMA MONSTER! aka LADY GAGA. Kalau kebiasaan nya wax figure dibuat satu or dua sahaja untuk seorang, tapi untuk Mama Monster ni, diorang buat 8 sekali serentak and Launch diorang sekali 8 serentak di tempat yang berbeza-beza macam dekat, Shanghai, Hong Kong, Las Vegas, New York,, bla bla bla.

Jadi nya saya adoree wax figure ni,, bukan lah adore apa, but knowing yang wax figure of Lady G ni adalah combinations of Fine Art and Fashion,, turns me on.. serious.. Awak tak rasa cool kee??

So yea, tengok wax figures ni,a nd tell me,, yang mana satu yang you suka and wish nak tangkap gambar dengan. I tak boleh pilih diantara Amsterdam or Berlin,, or maybe Hong Kong.. But kalau you tanya mana satu yang saya rasa nak tangkap gambar,, of course semuaa :D

click gambar untuk gambar BBBEEEESAARRR :)


*Amsterdam*


*Berlin*


*Hong Kong*


*Las Vegas*


*Hollywood*


*New York*


*Shanghai*


*London*

----

Ni gambar wax figures tu dalam different angles.. heee





















* gambar dari gagadaily.com *

Black Eyed Peas - The Time (Dirty Bit)


saya rasa,, video ni, dan lagu ini,, sangat cool..

Rainbow skinny and top





suuuuuuuuuuuuuukkkeeeeeeeeeeeeeee

insomnia -,-'

Ika,,

Kau mengantuk kan sebenarnye Ika kan?..

Kau letih sebenarnye kan, Ika kan?..

Kau penat kan?..

ASAL KAU TAK TIDUR KALO DAH MACAM TUUUU!!

*ika menghadapi masalah insomnia. ciss*

DIY Crystallized Heels

Jadi, oleh kerana kita punya aktiviti pun terbatas kerana badan pun letih pasal sakit,, yelahh,, demam lah kata kan,, ,, tapi tangan masih lagi gedik nak berbelog, , mm,, boleh jalan, boleh boleh..

Hari ini, kita buat project DIY kita ok.. Hari tu ada buat project DIY almari, DIY glam handphone, DIY headband, sekarang,, DIY crystallized heels pulak..

Jadi nya, dekat rumah saya ni ada tiga ketul disco ball. kalau korang nak tahu lah kan. Satu, dekat living room, size dy macam,, sedang-sedang lah. And yang lagi dua pulak, kecik je, tak sampai besar tapak tangan pun,, yang tu saje je nak beli..

So, DIY kite pada hari ni, memerlukan,,,


kasut yang agak boring.. Ni kasut I beli kat JB, dua tahun lepas rasa nya. Dia murah, (RM80 something) dan Awesome.. surious.


Disco ball,, yang size kecik ni je,, dalam dua bijik..

So, Disco ball tadi tu,, anda kopek lah cermin dari disco ball tu,, Kopek elok-elok, tak mau comot-comot- tak mau- tak mauu..

Then kite pasanglah plug hot glue gun ye,, ye,, pasang,, kasi panass,,, ,,,

Then, taruk sikit glue dekat heels,, dan dengan menggunakan jari jemari yang halus anda itu, susun lah cermin-cermin kecik disco ball yang telah anda kopek itu ke heels anda,, susun,, and tekan kuat-kuat kasi dia betul-betul melekat..

Selepas siap, dia akan ada rupa macam ini,,




LAWA annn~~
(kening-kening)
entri singkat pasal tak larat, sakit-sakit badan. sorry ye rakan..

Saloma - Tari Tualang Tiga

takkan hilang melayu dalam diri ku ini :)

Bila Aku Demam,,

Bila aku dah demam,, aku malas laaa kann...

Heish,,

Bila aku demam, aku sakit tekak.
Bila aku demam, rasa macam tak best je kat dalam mulut ni.
Bila aku demam, aku tak larat nak bangun dari katil.
bila aku demam, aku jadi lapa lah kann!
Bila aku demam, aku terasa macam nak makan McD ke, Pizza ke, Dominos ke,, tak main a mamak-mamak kan,, selera kau memang ada class je lah kan Ika bila time demam kann...
*cakap pasal mamak, tiba-tiba terbayang pulak Nasi Kandar PP yang sedap gila tu, dengan ayam besar gila, dengan sayur, dengan keropok dia,, mmmmm*

MANA NAK DATANG NYE NASI KANDAR PP NYA IKA,, KAU KAT SHAH ALAM, BIAR SELERA NASI KANDAR SHAH ALAM JE LAHHH!!

*emosi terganggu, baru lepas makan ubat batuk, jap-jap lagi 'pengsan' la tu..*

Macam Mana Aku Kenal Hanis Zalikha

Oh hello rakans ,,
Ada soalan hebat akan saya tuju kan kepada anda semua..
"Anda kenal Hanis Zalikha?"
"Anda kenalkah dengan itu Hanis Zalikha?"
"Betul kenal?"
"Sure o nottt?~~"
(apahal ika? -_-')

Anyway,,

Jadi nya, entri kali ni akan saya menceritakan tentang macam mana saya boleh kenal (kenallah sangat kann), kenal ke? Ye lah,, saya kenal Hanis Zalikha, dia tak kenal saya ponggg (alaaahh-- malu-malu pulak kannn,,, siapa lah aku untuk di kenaliiii *muke merah-merah malu kannn*)

Jadi nya,, (lagi) .. Macam mana saya boleh tahu ke'wujud'an Hanis Zalikha..

Sebelum tu, bagi mereka yang masih beberk lagi, tak tahu siapakah Hanis Zalikha, kat sini saya ada gambar 'spesel' untuk anda yang beberk,,



YEAHH! itu dia,, Hanis Zalikha.. Sekarang dah kenal kann?? ha,, bagus
*berjaya lukisan lima minit aku ,, (kembang-kembang hidung :8) )

Berbalik kepada cerita kita, macam mana saya boleh tahu ke'wujud'an Hanis Zalikha..
untuk pengetahuan semua, dulu Hanis ni pernah masuk surat khabar pasal belog dia yang awesome itu.. yeaa,, memang tidak dinafikan belog dia memang awesome titik nokhtah yang bulat besar dan hitam legam macam kuih telinga keling terhangus. Yea, jadi gambar Hanis ni terpampang (macam tu ke eja nyaa?) besar kat muka surat khabar tu.. Memang beutipul I sayyy~~

Jadi nya, saya pun membelek-belek lah surat khabar yang awaesome itu (sudah lupa Utusan ke, Berita Harian ke, apakah..) Jadi sedang belek baca berita pasal belog hanis tu, mata saya pun macam scroll lah kat muka beliau yang 'flawwwlesss' itu.. Dalam hati aku kata,, "Umm,, cantik.. No wonder..." .. Saya pun sambung baca lagi,, baca-baca-baca,, '19tahun' dia tulis kat situ,, (ni surat khabar dua tahun lepas ke setahun lepas camtu lah kan,, gamak nya,,) .. Saya pun fikir,, "Uih,, aku 18,, dia 19,, ummm,, muda.." .. Aku pun sammbung lah baca lagi..

Baca-baca-baca..
Terus saya buat konklusi tanpa mengkaji.. Saya kata,,
"Budak ni lawa dan cantik, memang sah lah ramai follower,, lawa gila kot minah ni.."

Jadi nya, konklusi saya,, Hanis ni lawa pasal tu dia punya belog ramai follower...

TAAAPI!!

jap,, chill lahh,, jangan marah dulu,, (Ika cuak nanti depan rumah ada yang buat tarian singa,, oh tidak!) .. Itu konklusi tanpa mengkaji~~ orang kata 'tanpa mengkaji' kann,, cube bace dulu.. hishhh..

Jadi nya, ni tiba-tiba bosan pulak lah satu hari tu gamak nya kat rumah.. Dah bosan, selak-selak lah lagi surat khabar tu,, tup-tup,, ternampak cerita pasal Hanis Zalikha ni balik.. Uih,, agak curious nak tau belog Hanis tu, saya pun meng'scan' lah URL belog Hanis tu dekat dalam otak ,, 'INI BELOG SAYA' gamak nya belog tu nama nya...

Saya pun berlari lah ke atas, masuk lah ke ruang tengok TV.. rumah pulak time tu tak ada WiFi lagi, agak parah jugak, tapi, takpe,, curious punya pasal,, layan je lah gamak nya..

Saya pun tengok lah belog si Hanis ni (eih,, sedap je aku panggil dia 'Si' pulak kan,, Ika,, kau taknak kena saman, baik kau behave sekarang..)

Ye lah, saya pun mengusha lah Belog Cik Hanis (ok aa??)

baca-baca-baca

PERGHH!!
*kata diriku didalam hati*
Minah ini,, dah lah lawa,, ayat dia kat belog pun ada kurang baik nya lawak.. haha,, kalau aku ada abang,, aku suruh dia ngorat Hanis,, nanti boleh aku main barbie ngan dia,, sikat-sikat rambut,, cerita-cerita pasal American Idol..
(ok tak! saya tipu je kat situ,, sila jangan ambik serious lah korang -_-')

Jadi nya,, dari situ lah saya kenal Hanis Zalikha ni,, dan terus mengskodeng belog beliau kalau ada masa kelapangan..

Dah tu Hanis ni pulak suka update pasal rambut dengan makanan.. memang JADI FOLLOWER SETIA LAH GAMAK NYAAAAA~~
Ika,, makanan,, memang teman karib lah kann.. Pastu bila dia cakap pasal rambut,, ,, masalah kita sama lah Hanis -_-'' agak payah ye,, memang serupa bana masalah rambut kita Hanis,, -_-' sap sikit.... .... ....


*ps,, Dear Hanis yang jelita..
SILA LAH JANGAN SAMAN SAYA PASAL LUKISAN SAYA YANG BURUK BEBENO DIATASSSS
.. hehe,, sesungguhnya saya telah mencuba sedaya upaya untuk melukis muka anda dengan penuh Awesomenya, akan tetapi,, AGAK PAYAH YE NAK MELUKIS GUNE MOUSE YANG DAH AGAK DAMAGEE..(sabar je aku.. .. ) Kang kalau letak gambar kang,, nanti tak sempat mintak izin kang,, kene marah.. Jadi nya,, kite lukis lah gambar awak.. Tapi, biarpun kite ni pelajar jurusan Seni Halus,, bila lukis guna mouse,, KITE FAIL LAHHHH

Satu je Drawing aku kali ni?! apa nak jadi.. ..



*watercolour on watercolour paper
*colour dia tak menyerlah doe bile gune webcam ni,, sebenarnye warna dia terang dan agak awesome,, tapi bila tangkap guna webcam dia jadi macam 'dull',, ciss... -_-'

Cuti berminggu-minggu, saya cuma siap satu drawing je..
teruk teruk teruk

apa nak jadi dengan kau ni Ika,, sila lah bertaubat.. kembalilah kejalan Fine Art yang sudah semestinya lurus serta 'fine' itu Ika,,
Sila lah andaaa

Terleka kerana 'Ini Belog Saya'

-_-' ciss,, tak nampak.. takpe,, saya tulis balik..
kat status saya cakap;
"Aku boleh terleka tengok belog Hanis Zalikha, sekarang pukul 10.17 nak gerak pukul 11. Beg pun tak habis pack, mandi pun belum. SYABAS IKA~~"
*tekan gambar untuk lagi besar-besar gituu*

OUTING : Harry Potter 7 (part1)

Jadi nya, Sabtu lepas saya ada pergi outing lah, dekat, The Curve :D Kitorang tengok cerita Hair Reporter. heeee, not,, Kami tengok cerita Harry Potter 7 part 1 (perlu ye,, part 1). Jadi yang mengikut keluar tu patutnya ada Kai dan Fatah, tapi mereka berdua sangat loser dan tidak ikut.. hee,, ok tak, (mati I, baik betulkan keadaan sekarang Ika,, cepat kau!) Ok, Kai ada fungsi aka dalam bahasa inggeris function (boleh pulak -_-') lain yang dia kena hadir.. mm,, ye lahhh~~
A*batuk*lasan*batuk*

Anyway,, jadi nya, yang ikut tinggal lah Saya, Lala, Sabby and Oddie yang diimport khas dari seremban. fuuuyyoooo~~~

Plannya kitorang ingat nak naik LRT, tapi ada pulak lah yang baik hati,, katenye "takut tiga anak dara orang kene ngorat ngan sape-sape, kang tak terlayan kang susah.." Katenye lah,, baik betul budi hati pekerti insan tu ye gamak nye~ :D Jadi dia sanggup menggadai 'kereta cari-publisiti' beliau dan datang straight dari seremban ke tempat kitorang bertiga dan terus ke Curve. Terima kasih yeee :) Jasa mu akan ku kenang,, gituuuu~ ada ala-ala cerita P.Ramlee hitam putih u'olls~

(apahal Ika? Apahal??-_-)

moving on,, Ada lah kami tangkap beberapa gambar kan,, (agak menggedik jap teeeheee) so,, kongsi itu, amalan mulia u'ollss~ (haha,,, serious hyper pagi-pagi buta ni.. haha)


*ni lah Sabburn~ Dia minat gila HP, dia baca semuaaa buku HP kalau tak salah lah.. Yang benarnya Ika dah tengok dah cerita tu (so is Lala) tapi bila ada Sab,, memang jadi 'kaunter pertanyaan' lah kann~ Kat wayang pulak, Sab duduk tengah-tengah.. memang elok lahh~ kejap jawab soalan kanan, kejap jawab soalan kiri.. Dari jauh, ada persis berzikir u'olllss~~ (apahal berzikir dalam wayanggg???? takpe,, mengingatkan Allah sentiasa itu menguatkan Iman tahuu)


*Lala, Ika and Sabb
agak malu time ni,, ada orang pandang kat tepi.. Mungkin dalam hati dia, "Apahal Jakun minah tiga orang ni? Dalam tempat parking pun nak tangkap gambar??"
Uih takpe,, kami control, buat muka bajet tourist Singaporean yang mengagumi parking lot Cineleasure.. bhaha:DD


*Ini dia Ticket Harry Potter..
Gambar ni ambik dekat rumah lah kann,, apahal nye ada kipas duduk pulak kat the curve kann??


*Ni muka Lala dan Sab yang menunggu dengan penuh kesabaran(memang kena dengan nama) untuk makan lepas lapar tiga jam duduk dalam wayang.. WITH NO BREAKFASTTT


*Di sini saya dengan driver of the day yang berjasa yang saya cakap taadi. Kelihatan beliau memang almost get ready to attack the pelayan dan hampir menjadi King Kong..
(jusssssssttt kiddingg~ ;p)


*Jadi nya, air muka saya menunjukkan betapa lapar nya perut..


*Baru seminit nak mengamuk, tiba-tiba waiter datang bagi ni.. Kami macam,, apakah ini? then baru teringat tadi ada order Milo Dinasor.. PERRGHHH! bunyik macam mantap dan gagah! rupe nye,,hampeh.. Bak kata 'driver berjasa',, Yang Ado.. haha.. (kat sini saya tepuk tangan pasal pertama kali cakap bahasa negeri kat belog).. Anyway,, Dinasor lah sangat, yang kami ni pun agak curious nak tau apa yang dinasor nya, sampai RM3.50.. I was hoping for Milo tabur yang diletak dekat dalam gelas yang besar gila bapak, rupanya,, milo tabur biaaase jee -_-' sabar je aku.. ..


*Makanan sampai!! overall,, sedap. Kat sini saya promote kedai Ayam Penyet ini. tapi takyah lah beli Milo 'tabur dia. Baik buat dekat rumah. Lagi bertabur-tabur u'olllss~~~ hahahaha


*Sekarang, dah kenyang,, yeyyy~ dah mampu tersenyummm :D


*Takde, gambar ni 'eksen' je nak letak.. pasal dia macam awesome.. heeeee


*Then baru sedar,, 'eh-eh, SUBWAY~' (cheit! Dan-dan kau tersedarkan Ika),, hee,, takde lah, dah lamme dah sedar.. I suke Subway gila-gila-gila.. so, hari tu Kai outing dia tangkap gambar dia makan Subway and tagg saya, dan sekarang,, "KAIII, TENGOK~~ SUBWAYYY :DDD" muke kanak-kanak riang..


*Jadi lepas makan tu, kami pergilah bershoppingg~ agak ber, tapi kaki lenguh gila fohh! OTW pergi parking,, nampak kerusi urut.. Nasib ada dua, kalau ada tiga, memang I dah join dahhh~~ tapi takpe, kat rumah ada kerusi urut yang awesome jugaa~ berurut kat rumah je lah gamak nya u'ollls~~


*Then apa lagi, balik lah kami.. Pergh otw balik sampai sesat-sesat haha. tapi meemang fun lah hari tu dapat keluar dengan korang semuaa :D bestbest.

Thank you Oddie pasal sanggup drive alll the way from Seremban to destinasi kami to the Curve then hantar kitorang balik then balik balik ke Seremban.. woww.. thank you sooooo much.. :D i really mean it :)
Thank you Lala pasal sanggup datang jugak walaupun you punya payung memang dah stok bocor yang memang takde rupa payung dah. Tapi sanggup jugak datang :)
Thank you Sabburn for menjelaskan cerita HP tu dengan elok pasal Ika memang lupa habis oo pasal cerita tu..

Thanks korang,, nanti buat lagi :D

MAHU LEBIH?

SILA TEKAN 'OLDER POST' :)